topbella

Sabtu, 16 Julai 2011

Dia Isabella

بسم الله الرحمن الرحيم

Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari Syurga. Seorang gadis yang berusia 17 tahun, merupakan anak kepada seorang ketua paderi bandar Cordova. Mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan keagamaan dan sangat mengambil perhatian dalam perbincangan mengenai ilmu ketuhanan. Hidayah Allah hadir tika diri mencari hakikat kebenaran antara Islam dan Kristian. Novel ini saya temui ketika meredahi lautan ilmu di KLIBF 2011 yang lalu. Saat terbaca kata-kata daripada Abdullah Hussain yang merupakan penterjemah novel ini, hati tertarik untuk memilikinya. 

“Sewaktu melihat-lihat buku di Kedai Buku Universiti Sains Malaysia pada 11 Jun 1980, ketika saya menjadi ‘ahli cipta’ di USM, perhatian saya terpikat pada sebuah buku berjudul Isabella oleh Maulana Muhammad Saeed. Melihat ilustrasi kulitnya yang berlambangkan bulan bintang dan salib, saya segera teringat kepada rencana di dalam sebuah majalah Islam terbitan England kira-kira 40 tahun lalu yang menceritakan kisah seorang serikandi Islam di Sepanyol yang bernama Isabella. Pada kulit novel tersebut ada tertulis “A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY” yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan antara Islam dan Kristian daripada sebuah novel meskipun ada ciri-ciri kreatif di dalamnya.”  ~Abdullah Hussain~

Di dalam novel ini, terdapat perkara berkaitan hukum-hukum agama dan kutukan dalam Perjanjian Lama Kristian, ketuhanan Jesus Kristus, penebusan dosa dan beberapa isu yang berkaitan Islam dan Kristian. Sangat menarik!




Semoga kita sentiasa berada dalam agama Allah dan bersyukurlah kerana dilahirkan dalam keluarga Muslim. Semoga saudara Non-Muslim mendapat hidayah daripada Allah..ameen. Bagaimana dengan nikmat Islam kita selama ini? Adakah kita telah menyempurnakannya atau sekadar pada nama?


0 ulasan:

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya