topbella

Khamis, 17 Januari 2013

Saat Bertemu Sepatu Sebelah ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Jodoh itu penuh keunikan.
Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.
Adakah dia jodoh ditunggu, 
ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.
Kadangkala hadirnya tidak disangka.
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati,
 pahitnya dapat menghancurkan diri.
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya.





Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penawar hati dan cahaya mata yang mententeramkan jiwa dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa... amiin.

Selasa, 15 Januari 2013

Pengalamanku di sini....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari ke-31 saya berada di bumi Tuaran, Sabah bersama rakan-rakan seperjuangan jauh daripada keluarga =( ermm... Baru sebulan, tapi rasa juga rindu pada keluarga di selatan semenanjung =( kalau dahulu semasa di universiti, bila rindu pada keluarga saya pasti pulang ke kampung walaupun cuti hujung minggu yang singkat itu. Sekarang, bila rindu hanya boleh menelefon sahaja nak berskype atau bervideo laptop adik pula tiada webcam =( Rindu dengan anak-anak saudara yang bermacam ragam. Rindu nak dengar diaorang menangis, mengamuk, main kejar-kejar, minta buatkan susu, muka diaorang yang suka menyakat orang (tak padan kecil betul) =p

Sepanjang berada di sini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar baik dari segi persekolahan, pergaulan guru-guru, rakan-rakan dan jiran tetangga. Semuanya ok cuma ada beberapa orang rakan yang menghadapi sedikit masalah penempatan sekolah dan jadual pembelajaran. InsyaAllah akan pulih tidak lama lagi. Di sini, terdapat beberapa perkara yang kami agak pelik sedikit terutamanya binatang yang bernama anjing. Di mana saja kami pergi kelihatan begitu banyak anjing berkeliaran walaupun di kawasan pekan. Di sekolah saya terdapat 4 ekor anjing pada mulanya tetapi sekarang bilangannya semakin bertambah la pula @_@ bukan di sekolah saya sahaja yang ada anjing, sekolah rakan-rakan saya pun sama. Sepanjang pemerhatian saya di tempat saya ini, anjing dan kucing tidak bergaduh  malah boleh jalan bersebelahan lagi. Masyarakat di sini tidak hairan pun dengan anjing. Majoriti masyarakat di sini beragama Kristian maka tidak hairanlah jika di sini terdapat beberapa tempat khas untuk mempelajari kitab Bible.

Sepanjang 31 hari di sini, terdapat beberapa tempat yang telah saya lawati seperti Tanjung Aru dan Pantai Dalit selain daripada pusat membeli-belah yang pupular seperti One Borneo,  Suria Sabah dan Center Point. Tidak membeli apa-apa pun sebenarnya sekadar melihat tempat orang dan mengenal pasti tempat-tempat tertentu untuk kemudahan akan datang. Cuaca di Sabah agak berbeza dengan semenanjung kerana cuacanya cepat satu jam. Jika di semenanjung jam 6 petang, cuaca masih lagi cerah tetapi di Sabah jam 6 petang cuaca sudah gelap seperti waktu maghrib. Begitu juga pada waktu pagi. Jam 6 pagi cuaca sudah cerah seperti jam 7 pagi di semenanjung =) Alhamdulillah...walaupun hari pertama berada di Sabah, saya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sini. 

Di sini saya titipkan beberapa keping gambar Pantai Dalit yang sempat saya ambil. Bagi yang ingin berkunjung ke sini, tiada apa-apa bayaran dikenakan. Di Pantai Dalit juga terdapat sebuah resort (tak silap saya) yang diberi nama Shangri-La RasaRia =) boleh la   menginap di sini ya kalau mahu. =)



agak kuat juga ombak Pantai Dalit ni


agak menakutkan ombak yang ini


cantikkan alunan air ombak


gambar ombak sebelum kaki melangkah lebih jauh



Pemandangan Shangri-La RasaRia yang sempat diambil......















Selepas berkunjung ke Pantai Dalit, kini saya tahu antara pantai dan air terjun, saya suka akan air terjun kerana tenang dan mendamaikan. Pantai? Saya rasa takut dan mulai rasa pening kepala...huhuhu

Selasa, 25 Disember 2012

My New Experience ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!!! Lamakan tidak mengupdate blog... Huhuhu InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua beberapa keping gambar sekolah yang bakal saya berbakti tidak lama lagi. InsyaAllah, selama setahun setengah saya akan berbakti di sekolah ini bagi memenuhi DPLI-j-QAF saya dimana DPLI ini merupakan mod LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah) yang perlu saya dan sahabat-sahabat yang lain jalani selama setahun setengah. ^_^

Inilah sekolah saya (◠‿◠)

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGALIO, TAMPARULI, SABAH


kelas dan bilik guru


pusat sumber


sekolah ini dibina pada tahun 1965..kini berusia 47 tahun sudah =)


sebelum sampai ke kelas dan bilik guru perlu mendaki tangga ini 


Ini Prasekolah SK Bungalio


pemandangan hadapan sekolah sebelum mendaki tangga 
(ada model la kat situ, kak masyitah..dia dapat sekolah cina)


pemandangan yang dapat dilihat dari sisi sekolah 
(sebenarnya lagi cantik) =) serius...tanya nad,k.linda dan k.masyi


Kalau sahabat nak tahu, sekolah saya ini terletak di atas bukit =) so, dapat la tengok pemandangan yang cantik sebelum sampai ke sekolah tapi hati-hati la ya, sebab bukit..huhuhu jangan sampai undur ke belakang sudah. Ok, sampai sini dahulu ya, saya tiada idea untuk menulis sekadar memberikan gambaran sekolah untuk tatapan keluarga terutamanya dan juga sahabat semua. =)



"Dimana kita ditempatkan, berikan yang terbaik!!" 
~Cikgu Datu Raiman bin Datu Kauman, IPG Kent, Tuaran, Sabah.~





Isnin, 20 Ogos 2012

Belajar dan Terus Belajar....

بسم الله الرحمن الرحيم

Belajar dan terus belajar. Menggali hikmah disebalik ujian. Menggali penawar disebalik gelombang amarah. Menggali kebaikan dalam kebaikan dan keburukan. Proses belajar takkan berhenti selagi hayat dikandung badan. Belajar dan terus belajar bergantung harap sepenuhnya pada Sang Pencipta. Dalam proses belajar, selalu diuji sejauh mana benteng ketahanan dan ketabahan menghadapi kesulitan proses pembelajaran. Terkadang ikhlas tersasar dari landasan, redha masih ditemani air mata tangisan, sabar bermain desakan dan suara sumbang amarah. 

Harus kuat dan cekal hati dalam proses belajar yang tidak pernah sudah. Belajar daripada kehidupan yang takkan surut ditelan zaman takkan hilang dibawa arus kehidupan. Pergantungan penuh pada Sang Pencipta menjadi kunci kejayaan proses pembelajaran. Ya Rabb, bagaimana harus dititipkan rasa pergantungan itu? Selalu tewas dan kalah dalam gelombang ujian yang sedia ada. Tangisan hati menjadi permainan tatkala kerdilnya diri menghadapi ujian. Sungguh, apa yang Kau hadirkan bukan suatu yang sia-sia. Bagaimana harus dirasakan sekeping hati yang bertautnya hanya pada tuhan pemilik segala rasa?  

Hati kecil sering menangis mengenangkan apa yang telah dilakukan sepanjang hayat ini.  Terkadang tak sanggup meneruskan kehidupan dengan ujian yang mendatang. Rasa penat dan lelah. Ya Rabb, apalah sangat ujian yang Kau datangkan ini sedangkan ramai lagi mereka yang lebih berat ujiannya. Bak kata adik, bentuk ujian itu bermacam-macam. Ada orang Allah uji dengan ujian sakit, ujian gangguan makhluk halus, ujian kemiskinan, ujian pelajaran, ujian perang, ujian hati. Ya… Ujian yang hadir tidaklah seberat mana andai pandai meredakan dan mengawal diri serta emosi. Allah kan ada. Selalu harap Allah ajarkan pergantungan penuh pada-Nya. Bila difikirkan semula, inilah caranya Allah mengajar. Dia hadirkan ujian yang tidak pernah padam. Selepas satu, satu pula mendatang. Dalam proses ujian inilah Allah mengajar diri bergantung harap penuh pada-Nya. Lalui saja ujian dan tunggu apa yang berlaku tanpa memikirkannya terlalu rumit yang penting doa selalu dan istikharah jangan tinggal, pesan seorang sahabat. 

Terkadang, terfikir dan melihat diri. Rasa malu dengan penampilan diri yang tidak sama dengan peribadi. Walau bukan sepenuhnya, rasa malu tetap terasa. Malu pada Allah, diri sendiri dan mereka yang dikenali baik akhlaknya. Banyak yang harus dipelajari daripada mereka yang mesra dengan ilmu agama. Menjadikan hidup kerana Allah. Bukan hanya memenuhi fitrah sebagai manusia semata-mata. Semoga proses pembelajaran yang Allah ajarkan bisa menjadikan diri kuat dan tabah serta tenang menghadapi apa jua rintangan kehidupan mendatang. 




  Put your trust in Allah!

Selasa, 7 Ogos 2012

Ujian dan Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم

Semakin dewasa,
Semakin banyak ujian mendatang,
Semakin banyak juga pilihan yang harus dibuat.
Selepas satu ujian,
Ujian yang lain pula mendatang,
Selepas satu pilihan,
Pilihan lain pula menanti,
Tidak sampai setahun,
Pelbagai perkara terjadi,
Terkadang rasa lemah tak berdaya,
Terasa sesaknya jiwa,
Langkah semakin longlai tak bertenaga,
Moga kuat dan terus tabah,
Menghadapi ujian dan pilihan,
Moga ujian dan pilihan ini,
Menjadi jambatan buat hati,
Untuk belajar dan terus belajar,
Bergantung harap sepenuhnya pada-Nya.
Hingga hati tenang dan bahagia,
Walau beribu badai melanda.





Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (surah al-Baqarah: 186)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Awan ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم








Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang belayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.  (surah al-Baqarah: 164)

Jumaat, 3 Ogos 2012

Akhirnya Kita Bertemu... (◠‿◠✿)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat. Walau kita tidak pernah bersua, jalinan ukhwah tetap terasa. Rasa kerinduan pasti hadir tatkala lama menyepi. Terima kasih ya Allah, memberi kami kesempatan bertemu buat pertama kalinya di alam nyata. Bersua muka walau seketika. Terasa ukhwah dan sangat teruja. 

Tak sangka, dapat jumpa Ainie semalam. =) senyum lebar sampai ke telinga. Saya sangka waktu walimah saya nanti baru dapat berjumpa Ainie rupanya takdir Allah mengatasi segalanya. Kunjungan Ainie ke selatan tanah air bersama zauj membawa khabar yang membuat saya sangat teruja.. Huhuhu tiba-tiba dapat panggilan daripada Ainie. Saya tak cam suara dia, no. telefon lain. Siapa sangka persahabatan kami yang terjalin melalui blog akhirnya benar-benar menjadi sahabat di alam nyata =) Alhamdulillah… Bertemu buat pertama kalinya bersaksikan keluarga saya. Ainie, terima kasih banyak-banyak sudi bertandang ke tempat saya. Pertemuan yang tidak dirancang. Allah memberikan lintasan hati pada Ainie teringat saya yang sememangnya berada di selatan tanah air. Kebetulan, destinasi yang dituju Ainie berdekatan dengan tempat saya =) sangat seronok dan gembira. Walaupun tidak pernah bersua sebelum ini, ukhwah itu tetap terasa. Yang penting saling mendoakan. Itu mesti untuk sahabat. Moga Allah redha dan memelihara persahabatan ini… Amiin ^_^ kadang-kadang ada orang merasa pelik, macam mana saya boleh berkawan dengan orang yang tak kenal. Emm… Entah, saya rasa biasa je tak ada apa yang pelik pun. =)

Pada saya, tidak salah meramaikan sahabat =) bilamana sahabat itu boleh mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan. Bersahabat demi kebaikan. InsyaAllah, dapat membantu kita memuhasabah diri saat kita lalai dan leka. =)



 Ainie, thanks a lot for being my friend!




Teringat sahabat satu perjuangan (Farah, Kak Yati, Siti dan Syirah…) Huhuhu berjauhan kita kini… Bila agaknya dapat berjumpa semula????

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya