topbella
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2012

Diari Sufi ❤(◕‿◕)❤

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhwah saya layangkan buat sahabat yang berkunjung di taman hati ini (◠‿◠) lama benar rasanya tidak meng’update’ blog. Rindu rasanya… Huhu. Sahabat semua apa khabar? Sihat? Moga berada dalam rahmat dan redha Allah selalu… Amiin.

Alhamdulillah, hari ini saya telah menghabiskan membaca sebuah buku berjudul “Diari Sufi” karya Siti Munazakiah terbitan mustread. Bukunya ringkas dan menarik. Cetakan tulisannya yang cantik, dan jarang-jarang saya temui pada buku yang lain. Seronok baca “Diari Sufi” sebuah nukilan hati yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Setiap part dalam diari ini pasti diselitkan dengan doa-doa ringkas yang sering diambil ringan oleh mereka yang bergelar “manusia” dan lebih tepat lagi “muslim.” peringatan untuk diri saya juga =( 

Semasa membaca “Diari Sufi” ini, sahabat boleh kaitkan apa yang ditulis dengan diri kita sendiri sebagai satu proses muhasabah diri. Kadangkala tanpa kita sedar, apa yang ditulis oleh penulis terdapat persamaan dengan diri kita. Secara tidak langsung ini merupakan peluang kita untuk menilai diri serta mengingati apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan di bumi Allah ini. Semoga hidayah Allah bisa singgah di jiwa kita yang mengharapkan keredhaanNya… InsyaAllah (◠‿◠)

Oklah sahabat, setakat ini dahulu perkongsian saya. InsyaAllah, panjang umur kita berkongsi lagi ya.. Tata dan Assalamualaikum. Uhibbukum Fillah… InsyaAllah •.♥.•



Semoga bermanfaat! ^_^ 

Rabu, 23 Mei 2012

Salju Sakinah (◕‿◕✿)

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan kehidupan… Tidak semua yang kita impikan kita dapat. Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Sesuatu yang kita sayang, bila tiba saat dan waktu ditetapkan pasti meninggalkan kita sendirian walaupun hakikatnya kita ada Allah yang menciptakan. Kesabaran yang disulami dengan keredhaan bisa mengubat jiwa nan rawan.  Salju Sakinah… Kebahagiaan hadir tatkala ujian menimpa. Siraman kedinginan kebahagiaan menjelma ketika diri dilanda kekecewaan. Bukan sedikit hikmah yang diberi malahan beribu ganda nikmat kesyukuran. Seronok baca novel ini! Terdapat banyak kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam meniti sketsa kehidupan (◕

Terdapat 2 kata-kata hikmah yang saya suka dalam novel ini. Iaitu:

“Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akhbar.”

“Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita kadang-kadang jadi tak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan.”

Bacalah novel ini. Tak rugi. Banyak ibrah yang boleh digali… InsyaAllah (◠)




Terima kasih sahabat! Sudi pinjamkan buku ini... Dah cari lama, tapi tak jumpa. Akhirnya, dapat juga baca. ^_^

Sabtu, 16 Julai 2011

Dia Isabella

بسم الله الرحمن الرحيم

Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari Syurga. Seorang gadis yang berusia 17 tahun, merupakan anak kepada seorang ketua paderi bandar Cordova. Mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan keagamaan dan sangat mengambil perhatian dalam perbincangan mengenai ilmu ketuhanan. Hidayah Allah hadir tika diri mencari hakikat kebenaran antara Islam dan Kristian. Novel ini saya temui ketika meredahi lautan ilmu di KLIBF 2011 yang lalu. Saat terbaca kata-kata daripada Abdullah Hussain yang merupakan penterjemah novel ini, hati tertarik untuk memilikinya. 

“Sewaktu melihat-lihat buku di Kedai Buku Universiti Sains Malaysia pada 11 Jun 1980, ketika saya menjadi ‘ahli cipta’ di USM, perhatian saya terpikat pada sebuah buku berjudul Isabella oleh Maulana Muhammad Saeed. Melihat ilustrasi kulitnya yang berlambangkan bulan bintang dan salib, saya segera teringat kepada rencana di dalam sebuah majalah Islam terbitan England kira-kira 40 tahun lalu yang menceritakan kisah seorang serikandi Islam di Sepanyol yang bernama Isabella. Pada kulit novel tersebut ada tertulis “A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY” yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan antara Islam dan Kristian daripada sebuah novel meskipun ada ciri-ciri kreatif di dalamnya.”  ~Abdullah Hussain~

Di dalam novel ini, terdapat perkara berkaitan hukum-hukum agama dan kutukan dalam Perjanjian Lama Kristian, ketuhanan Jesus Kristus, penebusan dosa dan beberapa isu yang berkaitan Islam dan Kristian. Sangat menarik!




Semoga kita sentiasa berada dalam agama Allah dan bersyukurlah kerana dilahirkan dalam keluarga Muslim. Semoga saudara Non-Muslim mendapat hidayah daripada Allah..ameen. Bagaimana dengan nikmat Islam kita selama ini? Adakah kita telah menyempurnakannya atau sekadar pada nama?


Isnin, 20 Jun 2011

Adab-adab Bersahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kehidupan kita, sahabat merupakan orang yang paling rapat dan sentiasa bersama apatah lagi bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga. Coretan kali ini, saya ingin berkongsi mengenai adab-adab bersahabat daripada buku “Bidayatul Hidayah” karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Sebelum itu, untuk pengetahuan sahabat semua “Bidayatul Hidayah” bermaksud Permulaan Jalan Hidayah. Ok, jom kita teruskan perkongsian ini!

Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya. Antara adab-adab itu ialah:

1)Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2)Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabat itu meminta tolong.

3)Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4)Menutup keaiban sahabatnya.

5)Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabat kita.

6)Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabat kita.

7)Mendengar dengan baik apabila sahabat bercakap dengan kita.

8)Meninggalkan perbalahan dengan sahabat.

9)Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.

10)Memuji sahabat akan kebaikannya.

11)Berterima kasih kepada sahabat atas kebaikannya.

12)Menegah orang lain daripada mengumpat sahabat kita seperti kita membela diri sendiri.

13)Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila hendak menasihati sahabat kita.

14)Memaafkan segala kesilapan sahabat dan janganlah mencelanya.

15)Mendoakan sahabat ketika sahabat itu masih hidup atau telah meninggal dunia.

16)Mengekalkan ukhwah terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu.

17)Jangan suka membebankan sahabat.

18)Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabat itu dan menyatakan kesusahan terhadap apa yang menyusahkan hati sahabat itu. (gembira dan sedih bersama, susah dan senang bersama)

19)Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20)Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

21)Meluaskan tempat duduk kepada sahabat ketika di dalam majlis dan hendaklah berpindah ke tempat lain jika tidak dapat berbuat demikian. (memberikan sahabat kita tempat duduk)

22)Hendaklah kita menghantar sahabat ke muka pintu apabila sahabat itu keluar dari rumah kita.

23)Hendaklah berdiam ketika sahabat sedang bercakap sehingga selesai percakapannya dan janganlah mencelah ketika sahabat itu sedang bercakap.
 
Sabda Rasulullah S.A.W: “Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai  di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya.”

Mari kita renungkan kembali, bagaimanakah perlakuan atau adab kita sesama sahabat sepanjang terjalinnya ukhwah ini? Adakah kita telah melaksanakan yang sewajarnya terhadap sahabat kita? Sama-samalah kita bermuhasabah agar mampu menjadi seorang sahabat yang sebenar-benar sahabat. (peringatan untuk diriku yang sering melakukan kesilapan) Maafkan daku sahabat.



 
Terima kasih buat sahabat yang menyayangiku seadanya. Kalian sering mengingati diriku walau dalam keadaan yang “urgent” di saat daku tiada di tempat itu. Rindu kalian. Terima kasih ya Allah mengurniakan daku sahabat seperti mereka. Syukran jazilan buat dua orang sahabatku dari IPG yang memperkenalkan buku “Bidayatul Hidayah” kepadaku.


Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya