بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan kehidupan… Tidak semua yang kita impikan kita
dapat. Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Sesuatu yang kita
sayang, bila tiba saat dan waktu ditetapkan pasti meninggalkan kita sendirian
walaupun hakikatnya kita ada Allah yang menciptakan. Kesabaran yang disulami dengan keredhaan bisa mengubat jiwa nan rawan. Salju Sakinah… Kebahagiaan hadir tatkala ujian
menimpa. Siraman kedinginan kebahagiaan menjelma ketika diri dilanda
kekecewaan. Bukan sedikit hikmah yang diberi malahan beribu ganda nikmat kesyukuran.
Seronok baca novel ini! Terdapat banyak kata-kata hikmah yang boleh dijadikan
panduan dan pedoman dalam meniti sketsa kehidupan (◕‿◕✿)
Terdapat 2 kata-kata hikmah yang saya suka dalam novel ini. Iaitu:
“Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang
lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akhbar.”
“Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita
kadang-kadang jadi tak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan.”
Bacalah novel ini. Tak rugi. Banyak ibrah yang boleh digali… InsyaAllah (◠‿◠✿)
Terima kasih sahabat! Sudi pinjamkan buku ini... Dah cari lama, tapi tak jumpa. Akhirnya, dapat juga baca. ^_^
2 ulasan:
dah beli 2 tahun lepas.. :)
betul tu, banyak pengajarannya, Hamdan lillah..
Syukur... Moga pengajaran yang diperolehi dapat membantu kita dalam kehidupan seharian... InsyaAllah =)
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^