بسم الله الرحمن الرحيم
Salam ukhwah saya layangkan buat sahabat yang berkunjung di taman hati ini (◠‿◠✿)
lama benar rasanya tidak meng’update’ blog. Rindu rasanya… Huhu. Sahabat semua
apa khabar? Sihat? Moga berada dalam rahmat dan redha Allah selalu… Amiin.
Alhamdulillah, hari ini saya telah menghabiskan membaca sebuah buku berjudul
“Diari Sufi” karya Siti Munazakiah terbitan mustread. Bukunya ringkas dan
menarik. Cetakan tulisannya yang cantik, dan jarang-jarang saya temui pada buku
yang lain. Seronok baca “Diari Sufi” sebuah nukilan hati yang sangat berkait rapat
dengan kehidupan seharian. Setiap part dalam diari ini pasti diselitkan dengan
doa-doa ringkas yang sering diambil ringan oleh mereka yang bergelar “manusia”
dan lebih tepat lagi “muslim.” peringatan untuk diri saya juga =(
Semasa membaca “Diari Sufi” ini, sahabat boleh kaitkan apa yang ditulis
dengan diri kita sendiri sebagai satu proses muhasabah diri. Kadangkala tanpa
kita sedar, apa yang ditulis oleh penulis terdapat persamaan dengan diri kita. Secara
tidak langsung ini merupakan peluang kita untuk menilai diri serta mengingati
apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan di bumi Allah ini. Semoga hidayah Allah bisa
singgah di jiwa kita yang mengharapkan keredhaanNya… InsyaAllah (◠‿◠✿)
Oklah sahabat, setakat ini dahulu perkongsian saya. InsyaAllah, panjang
umur kita berkongsi lagi ya.. Tata dan Assalamualaikum. Uhibbukum Fillah…
InsyaAllah •.♥.•
Semoga bermanfaat! ^_^
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^