بسم الله الرحمن الرحيم
Semalam sebelum Isyak, Nurul Iman menerima satu mesej
daripada seorang sahabat. Mesej yang membawa seribu satu pertanyaan. Hampir
seminggu Nurul Iman teringat seorang sahabat yang sama-sama belajar di IPT. Maaf
sahabat, lewat membalas mesejmu beberapa hari lepas dan tidak perasan panggilan
call yang masuk di handphone.
Ya, sejak berada di rumah, handphone sering ditinggalkan di
dalam bilik hanya seketika saja melihatnya. Mahu menelefon kembali, waduh
kekeringan kredit. Lama tidak topup. Al-maklum, tiada apa buat masa ini ingin
memenuhkan kredit. Satu mesej diberi bertanya perkhabaran. Rupanya kamu
tiada apa hanya saja je mahu berbicara. Asif
sahabat, lewat membalas. Tapi, jauh di sudut hati Nurul Iman merasakan sesuatu
yang tidak enak namun dipendam saja. Moga-moga tiada apa-apa. 2 hari berikutnya,
Nurul Iman memberi mesej kata-kata buatmu sahabat tetapi tiada balasan. Ya,
hanya mesej kata-kata. Tiada apa yang perlu di’reply’ hinggalah semalam,
tergerak lagi memberi mesej kata-kata. Agak lewat kamu membalas. Tapi mesej
yang kamu reply menimbulkan tanda tanya. Bila Nurul Iman reply semula dan
menelefon, tiada jawapan. Sepi. Hingga Nurul Iman terlena menunggu.
Sahabat, kamu tidak
sihatkah? Berada di mana sebenarnya? Adakah sama seperti cuti-cuti sebelum ini?
Ya Allah, moga tidak. Setiap kali usai solat, Nurul Iman pasti titipkan doa
buatmu sahabat. Moga tabah dan kuat. Walau tak bersua muka, doa Nurul Iman ada
sentiasa mengiringimu sahabat. Yakinlah sahabat, hadirnya ujian pasti ada
kemanisan pada akhirnya. Allah tak akan mensia-siakan kamu. Walau perit
dirasakan, walau senyuman tak mampu diukir… Tabahlah, Allah sedang mengujimu,
menguji keimananmu… Sebab itu adanya ujian agar dirimu sentiasa belajar
bergantung harap sepenuhnya padaNya. Nurul Iman pun sedang belajar tentang ini.
Allah itu dekat. Sentiasa dekat. Kita selaku hamba yang sering lalai yang DIA
adalah dekat. Hingga saat ini, Nurul Iman masih menanti perkhabaranmu sahabat.
Sahabat, kita sama-sama belajar. Belajar mengenal DIA. Belajar
bergantung penuh pengharapan hanya padaNya. Belajar menjadi hamba Ilahi yang
hatinya dipenuhi rasa cinta padaNya. Belajar menerima suratan takdir
ketentuanNya. Belajar dan terus belajar menggali hikmah lahirnya kita di dunia.
Sahabat, maafkan Nurul Iman kerana masih tidak mampu menjadi
sahabat yang baik buat dirimu sebagaimana baiknya dirimu pada Nurul Iman. Sahabat,
moga semuanya baik-baik saja ya… Apa yang berlaku padamu saat ini (walaupun
Nurul Iman tidak tahu keadaan kamu) yakinlah pada Allah dan percayalah DIA
sebaik-baik tempat kembali atas apa yang berlaku. Kita sama-sama belajar
tentang ini ya…
Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata,"bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (surah al-Baqarah: 214)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^