بسم الله الرحمن الرحيم
Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Sya’aban bakal melabuhkan tirai dan bulan Ramadhan pula memperlihatkan diri. Subhanallah! Maha Suci Allah. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan 8 tahun 2011 rupanya. Tinggal 4 bulan saja lagi tahun 2011 bakal mengundurkan diri. Nampaknya, usia kita juga semakin bertambah dan semakin hampir kepada kematian. Wallahu’alam. Tapi apa-apa pun, selagi hayat dikandung badan, nikmat kehidupan masih lagi diberi, inilah peluang kita untuk mempersiapkan diri sebelum menemui Sang Kekasih Hati. Pemilik Langit dan Bumi. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sepotong doa yang berbunyi:
Ya Allah! Telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan telah Engkau turunkan al-Quran sebagai petunjuk dan kebenaran. Ya Allah! Bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Jom, sama-sama kita baca doa ini! Semoga puasa kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah Ta’ala..ameen. Bagi sahabat kaum Hawa yang tidak berkesempatan menjalani ibadah puasa oleh sebab kedatangan “sahabat karib setiap bulan” usah bersedih, usah berduka kerana kalian juga bakal mendapat ganjaran seperti orang yang berpuasa andai kalian meringankan tulang menyediakan juadah berbuka ^_~ hadiah daripada Sang Kekasih Hati. Jangan sia-siakan ya!
Hadis Nabi:
“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangai sedikit pun pahala berpuasa orang berkenaan.” (Riwayat Ahmad & an-Nasai)
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa. Semoga sahabat semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala…amen.
“Tiap amal anak Adam baginya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu bagiku dan akulah yang akan memberikan ganjaran puasanya itu”.(Hadis Qudsi)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^