بسم الله الرحمن الرحيم
Sahabat,
Kita berbicara di alam maya,
Tanpa rupa tanpa kata,
Dalam medan tarbiahNya kita dipertemu,
Dan keranaNya jua kita bersatu,
Mengibar ikrar dan janji berpadu,
Semusim ikatan terpatri,
Keikhlasan dan kemesraan,
Yang terluhur menggamit kemanisan,
Yang sukar untuk ditafsirkan.
Dirimu sahabat,
Mencurah nasihat bermakna,
Sering mengingatkan pada Allah,
Menyerikan bicara indah dengan sirah Rasulullah,
Menghayati sorotan hadis berhikmah,
Diri terpana dek kelincahan madah berhemah,
Menggugah seribu persepsi,
Betapa pentingnya ukhwah fillah.
Masalah dan cabaran bertamu,
Menggoyah keluhuran budi,
Persis seseorang aku mencari jati diri,
Menangani mehnah dan tribulasi,
Dirimu tetap gah tidak tergugat,
Walau badai melanda,
Katamu Allah sentiasa bersama.
Semalam, kini dan selamanya,
Moga ukhwahkan mekar mewangi,
Seharum mawar di desa nan permai,
Seindah purnama mentari pagi,
Agar ukhwahkan terpatri,
Hanya buat mereka yang memahami.
Sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya. ( Mustafa Masyhur )
1 ulasan:
Alhamdulillah.. sejuk hati bila membaca ape ye.. huhuhu puisi ye jika salah sila betulkn.. seronok sgt.. =)
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^