بسم الله الرحمن الرحيم
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanaman-tanaman bumi kerana air itu, diantaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya (maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (dapat menuai hasilnya), tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu siang atau malam, lalu kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir.” (Surah Yunus 10:24)
Demikianlah Allah mengumpamakan kehidupan dunia ini seperti musim menuai yang hampir tiba namun musnah akibat bencana hinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam. Itulah hakikat dunia. Dalam sekelip mata keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir. Apakah kita masih mahu mengharapkan nikmat sementara berbanding nikmat yang kekal abadi?
suka pemandangan ini! ^_^
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silakan... Jangan segan-segan! ^_^