topbella

Rabu, 23 Mei 2012

Salju Sakinah (◕‿◕✿)

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan kehidupan… Tidak semua yang kita impikan kita dapat. Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Sesuatu yang kita sayang, bila tiba saat dan waktu ditetapkan pasti meninggalkan kita sendirian walaupun hakikatnya kita ada Allah yang menciptakan. Kesabaran yang disulami dengan keredhaan bisa mengubat jiwa nan rawan.  Salju Sakinah… Kebahagiaan hadir tatkala ujian menimpa. Siraman kedinginan kebahagiaan menjelma ketika diri dilanda kekecewaan. Bukan sedikit hikmah yang diberi malahan beribu ganda nikmat kesyukuran. Seronok baca novel ini! Terdapat banyak kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam meniti sketsa kehidupan (◕

Terdapat 2 kata-kata hikmah yang saya suka dalam novel ini. Iaitu:

“Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akhbar.”

“Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita kadang-kadang jadi tak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan.”

Bacalah novel ini. Tak rugi. Banyak ibrah yang boleh digali… InsyaAllah (◠)




Terima kasih sahabat! Sudi pinjamkan buku ini... Dah cari lama, tapi tak jumpa. Akhirnya, dapat juga baca. ^_^

Rabu, 16 Mei 2012

Kata-kata ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kadangkala pengalaman dan perjalanan kehidupan mengubah pemikiran seseorang mengenai sesuatu perkara" 

(Nur Dhia Alisha)




Pengalaman merupakan guru terbaik dalam kehidupan. Pengalaman yang perit andai dipagari dengan keredhaan, pasti tersingkap hikmah yang baik pada masa hadapan.

Selamat Hari Guru =)

بسم الله الرحمن الرحيم

DIA... Dalam ajarnya ada harapan...
Dalam tegurnya ada doa...
Dalam marahnya ada sayang...
Dalam tawa ada mesranya...
Dalam diam ada bijaksana...
Dalam tangannya kita terbina...
Berbahagialah menjadi seorang guru...

SELAMAT HARI GURU 




Selamat Hari Guru buat semua guru dan bakal guru di Malaysia!
Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya