topbella

Selasa, 26 April 2011

Aku Menyayangimu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat,
Kita berbicara di alam maya,
Tanpa rupa tanpa kata,
Dalam medan tarbiahNya kita dipertemu,
Dan keranaNya jua kita bersatu,
Mengibar ikrar dan janji berpadu,
Semusim ikatan terpatri,
Keikhlasan dan kemesraan,
Yang terluhur menggamit kemanisan,
Yang sukar untuk ditafsirkan.

Dirimu sahabat,
Mencurah nasihat bermakna,
Sering mengingatkan pada Allah,
Menyerikan bicara indah dengan sirah Rasulullah,
Menghayati sorotan hadis berhikmah,
Diri terpana dek kelincahan madah berhemah,
Menggugah seribu persepsi,
Betapa pentingnya ukhwah fillah.

Masalah dan cabaran bertamu,
Menggoyah keluhuran budi,
Persis seseorang aku mencari jati diri,
Menangani mehnah dan tribulasi,
Dirimu tetap gah tidak tergugat,
Walau badai melanda,
Katamu Allah sentiasa bersama.

Semalam, kini dan selamanya,
Moga ukhwahkan mekar mewangi,
Seharum mawar di desa nan permai,
Seindah purnama mentari pagi,
Agar ukhwahkan terpatri,
Hanya buat mereka yang memahami.



Sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk  saudara seperjuangannya.  ( Mustafa Masyhur )

Rabu, 6 April 2011

Kematian itu Pasti

بسم الله الرحمن الرحيم

انا لله وانا اليه رجعون
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali


Jam di atas meja menunjukkan pukul 12:30 pagi. Zainab masih lagi leka menyiapkan assignment yang diterimanya 2 hari lalu. Ting..satu mesej masuk. Zainab membuka mesej yang baru diterima. Tertera nama Irah. Sahabat yang baru dikenalinya 4 bulan lalu.

“Selamat malam Zainab.” Hanya ungkapan itu yang diterima.

Dengan senyuman, Zainab menaip mesej.

“Selamat malam ya ukhti Irah.”

Zainab menyambung semula membuat assignment. 30 minit berlalu. Ting..satu mesej masuk, tertera nama Irah. Mesej dibuka.

“Zainab sibuk?”

“Takda la sibuk sangat cuma buat assignment sikit. Kenapa Irah?”
“Takda apa-apa. Tanya je.”

“Betul ni takda apa-apa? Irah macam nak cakap sesuatu je.”

“Zainab, Irah cuma terfikir kalau Allah ambil nyawa Irah sekarang…”

“Irah, bila kita berada dalam zikrullah, InsyaAllah hati akan tenang, dan mengingati mati adalah salah satu zikrul maut. Tenanglah dalam rahmat Ilahi sahabatku.”

“InsyaAllah. Zainab, doakan Irah ya sempat melaksanakan apa yang Irah nak buat.”

“InsyaAllah, Irah boleh. Tenang-tenang ya.”

“InsyaAllah, doakan. Maaf ya, ganggu Zainab malam-malam ni. Irah tak tahu nak cakap pada siapa. Memang, dilihat dari luaran Irah nampak gembira, ceria, tiada masalah tapi hakikatnya Irah rasa sedih. Rasa macam nak menangis je tapi tak terluah. Irah rasa kosong. Irah rasa macam apa sebenarnya yang Irah perlukan dalam hidup Irah. Rasa sayu je.”

“Syukur Alhamdulillah. Allah titipkan rasa sedemikian pada Irah. Itu tandanya Allah sayangkan Irah. Allah nak Irah sentiasa dekat denganNya. Irah beruntung, tak semua orang dapat rasa apa yang Irah rasa. Allah tak biarkan Irah terus hanyut dengan dunia Irah. Ingat Irah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”

“Terima kasih Zainab. Alhamdulillah, Allah pertemukan Irah dengan Zainab.”

“Irah sahabat Zainab. Allah telah pertemukan kita. Mana yang elok kita sama-sama amalkan dan saling mengingatkan. Manusia itu sifatnya sering berubah. Harus diingatkan demi redhaNya.”

“InsyaAllah. Zainab, Irah minta diri dulu ya. Jaga diri baik-baik. Doakan Irah. Assalamualaikum.”

“InsyaAllah, Irah pun jaga diri juga. Kita sama-sama berdoa untuk satu sama lain. Waalaikumussalam.”

Perlahan-lahan handphone Sony Ericsson C510 diletakkan semula di atas meja. “Semoga Allah melindungi dan merahmati kehidupanmu sahabatku,” Doa Zainab di dalam hati.



“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti karatnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?
Rasulullah menerangkan: membaca al-Quran dan mengingati maut (mati)”
( HR al-Baihaqi)









Kematian itu pasti. Setiap detik kehidupan menuju kematian.




Ubat Enam Resepi

بسم الله الرحمن الرحيم


Penulis buku al-Farj Ba’da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya bagi melahirkan rasa keprihatian terhadap musibah yang menimpa dirinya.

Si bijaksana pun berkata: “Aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza.”

Kawan-kawannya pun bertanya: “Apa dia?”

Jawabnya: “Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kedua, sedarlah bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. Ketiga, sabar adalah senjata yang paling berkesan apabila mendapat ujian. Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah. Kelima, mungkin saya akan berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada keadaan saya sekarang ini. Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka.”




Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Sabar + Tenang = Bahagia.

Kehidupan Dunia Nikmat Sementara


 بسم الله الرحمن الرحيم 

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanaman-tanaman bumi kerana air itu, diantaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternakan. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya (maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya), dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (dapat menuai hasilnya), tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu siang atau malam, lalu kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah dituai (musnah sama sekali), seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir.” (Surah Yunus 10:24)

Demikianlah Allah mengumpamakan kehidupan dunia ini seperti  musim menuai yang hampir tiba namun musnah akibat bencana hinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam. Itulah hakikat dunia. Dalam sekelip mata keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir. Apakah kita masih mahu mengharapkan nikmat sementara berbanding nikmat yang kekal abadi?

                                      suka pemandangan ini! ^_^

Selasa, 5 April 2011

Dari Sahabat Buat Sahabat ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
 
لا يوئمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi


Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.



Pandanglah sahabatmu kerana 3 perkara iaitu kerana Allah, kerana ilmunya dan hubungannya dengan makhlukNya. Dan janganlah kamu pandang kerana 3 perkara iaitu kerana rupa, kerana harta dan kerana kuasa. Dan elakkan 3 perkara iaitu hasad, dengki dan tipu helah. Dan peliharalah 3 perkara iaitu niat, amal dan akhlak. 



Selamat bersahabat hingga ke Syurga! (Buat semua sahabat saya)


 
Berkata Saidina Ali: Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Semoga ukhwah dan kasih sayang antara kita sentiasa dalam bimbingan Allah Ta’ala. Ameen



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya