topbella

Selasa, 31 Julai 2012

Doa Cinta, Jom Amalkan! •.♥.•

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Yang Maha Menyintai, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Yang Memiliki Segala Cinta, Yang Menggenggam Segala Kasih Sayang, kami memohon daripadaMu Ya Allah, agar Kau wujudkan rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami Ya Allah, semoga jiwa kami tenang dengan merasakan cinta kepadaMu Ya Allah... Amiin Ya Rabbal a'lamin...




Pesan seorang senior masa sekolah menengah dahulu, sebelum doa mulakan dengan selawat ke atas nabi kemudian memuji Allah selepas itu barulah memohon doa, dan berselawat lagi sebelum menyudahi doa... InsyaAllah, doa tidak akan dihijab... Wallahu a'lam.

Anak-anak Saudaraku

بسم الله الرحمن الرحيم

Abang sulung... Suka buat pelbagai aksi daripada bayi hinggalah sekarang =)


Abang Fakhrul... Suka tiru apa yang abang dia cakap dan buat... Sangat suka menangis =P


Adik Zaitun... Sama nama dengan sahabat saya (Zaiton Muhaimin) setakat ni, alhamdulillah... Masih senang dijaga =)


Syakur dan Fakhrul... Gambar terbaru mereka. Ada orang panggil mereka ni Upin dan Ipin.... =P



Kerenah kalian benar-benar menguji pak cik dan mak cik  T_T  klik ini Kisah Dua Beradik =)

Isnin, 30 Julai 2012

Bolehkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kawan, apa itu setia?
Usah diungkap andai tingkah tidak sama dengan kata-kata…
Lidah kata sanggup tetapi tingkah berlaku sebaliknya…
Bagaimana harus percaya?
Usah bermanis kata andai tingkah tidak mampu membuktikan…
Tingkah yang dipamerkan mendatangkan percaya…
Andai tingkah tidak sama dengan apa yang dikata?
Bagaimana bisa dipupuk percaya?
Usah bermain kata-kata…
Kelak memakan diri…
Bukan setakat diri malah mereka yang lembut hatinya…
Berhati-hati dan sangat perlu berhati-hati…



Berhati-hati menutur kata andai tidak mampu membuktikan! =)

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam satu Ramadhan kawan-kawan! Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah, ada sedikit perkongsian berkaitan bulan Ramadhan ingin saya kongsikan di sini. Perkongsian ini saya perolehi melalui facebook adik saya yang merupakan seorang guru pelatih di IPTHO dan telah berkahwin =) dan juga sahabat blogger si pengemis iman junior satu tempat pengajian tetapi berlainan program. =) Jom lihat perkongsian di bawah ini.






Moga bertambah ilmu dan selamat beramal! ^_^ 

Khamis, 19 Julai 2012

Apa sebenarnya keadaan kamu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam sebelum Isyak, Nurul Iman menerima satu mesej daripada seorang sahabat. Mesej yang membawa seribu satu pertanyaan. Hampir seminggu Nurul Iman teringat seorang sahabat yang sama-sama belajar di IPT. Maaf sahabat, lewat membalas mesejmu beberapa hari lepas dan tidak perasan panggilan call yang masuk di handphone.

Ya, sejak berada di rumah, handphone sering ditinggalkan di dalam bilik hanya seketika saja melihatnya. Mahu menelefon kembali, waduh kekeringan kredit. Lama tidak topup. Al-maklum, tiada apa buat masa ini ingin memenuhkan kredit. Satu mesej diberi bertanya perkhabaran. Rupanya kamu tiada apa hanya saja je mahu berbicara. Asif sahabat, lewat membalas. Tapi, jauh di sudut hati Nurul Iman merasakan sesuatu yang tidak enak namun dipendam saja. Moga-moga tiada apa-apa. 2 hari berikutnya, Nurul Iman memberi mesej kata-kata buatmu sahabat tetapi tiada balasan. Ya, hanya mesej kata-kata. Tiada apa yang perlu di’reply’ hinggalah semalam, tergerak lagi memberi mesej kata-kata. Agak lewat kamu membalas. Tapi mesej yang kamu reply menimbulkan tanda tanya. Bila Nurul Iman reply semula dan menelefon, tiada jawapan. Sepi. Hingga Nurul Iman terlena menunggu.

Sahabat, kamu tidak sihatkah? Berada di mana sebenarnya? Adakah sama seperti cuti-cuti sebelum ini? Ya Allah, moga tidak. Setiap kali usai solat, Nurul Iman pasti titipkan doa buatmu sahabat. Moga tabah dan kuat. Walau tak bersua muka, doa Nurul Iman ada sentiasa mengiringimu sahabat. Yakinlah sahabat, hadirnya ujian pasti ada kemanisan pada akhirnya. Allah tak akan mensia-siakan kamu. Walau perit dirasakan, walau senyuman tak mampu diukir… Tabahlah, Allah sedang mengujimu, menguji keimananmu… Sebab itu adanya ujian agar dirimu sentiasa belajar bergantung harap sepenuhnya padaNya. Nurul Iman pun sedang belajar tentang ini. Allah itu dekat. Sentiasa dekat. Kita selaku hamba yang sering lalai yang DIA adalah dekat. Hingga saat ini, Nurul Iman masih menanti perkhabaranmu sahabat. 

Sahabat, kita sama-sama belajar. Belajar mengenal DIA. Belajar bergantung penuh pengharapan hanya padaNya. Belajar menjadi hamba Ilahi yang hatinya dipenuhi rasa cinta padaNya. Belajar menerima suratan takdir ketentuanNya. Belajar dan terus belajar menggali hikmah lahirnya kita di dunia.

Sahabat, maafkan Nurul Iman kerana masih tidak mampu menjadi sahabat yang baik buat dirimu sebagaimana baiknya dirimu pada Nurul Iman. Sahabat, moga semuanya baik-baik saja ya… Apa yang berlaku padamu saat ini (walaupun Nurul Iman tidak tahu keadaan kamu) yakinlah pada Allah dan percayalah DIA sebaik-baik tempat kembali atas apa yang berlaku. Kita sama-sama belajar tentang ini ya…



Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata,"bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (surah al-Baqarah: 214)

Khamis, 12 Julai 2012

Putrajaya...Kenangan Kita ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم












Dalam ingatan selamanya... 29/10/2011 ~ Naja, Didi, Aimi, Aminah ~

Mardhatillah =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kesusahan itu adalah kepahitan saat kita merasainya, tapi ia adalah kemanisan saat kita mengenang. Kita akan berubah, saat dimatangkan dengan pengalaman, saat kita ditempuhkan dengan pelbagai halangan, saat susahnya hidup yang kita lalui. Pasti, kita hidup hanya untukNya. Walau sekejap kita lemah, diuji, bukan beerti kita mati. Kita sekadar diduga, hanya untuk menjadi dewasa, menjadi seorang insan, yang sentiasa hidup bertuhan. Moga kita kuat menempuh kehidupan, menggalas amanah dengan penuh keimanan, mehnah hanya ujian, bukan merencatkan. Semua itu adalah tarbiah (didikan) dan bersangka baiklah dengan Allah.




MARDHATILLAH...it is about a long journey, difficult...but possible..insyaAllah ~Auni Diyanah~

Isnin, 9 Julai 2012

Selamat Pengantin Baharu Syira Sayang!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Segala puji bagimu ya Allah pemilik segala hati. Syukur, semalam 8/7/2012 saya dan beberapa orang sahabat iaitu Ain, Syafiqah dan Hidayu telah diberi kesempatan menghadiri majlis walimatul urus sahabat kami, Mubasyirah binti Hassan dan suami, Muhammad Solihin bin Abdul Wahid. Perjalanan yang menyeronokkan apabila kami berempat berkumpul kembali setelah sekian lama tidak bertemu terutamanya Hidayu, sahabat semasa di tingkatan 6 dahulu. Seronok sangat bersahabat dengan dia. Saat bertemu, terimbau kembali seketika saat-saat bersama suatu masa dahulu.

Buat sahabatku, Syira… Moga pernikahanmu ini menjadi wasilah buatmu menuju Mardhatillah bersama suami tercinta. Pernikahan = Amanah + Tanggungjawab… Do the best my dear friend! 。◕‿◕ღ

Semoga Syira dan suami dikurniakan cahaya mata yang comel-comel serta soleh dan solehah… Amiin… Semoga bahtera pernikahan kalian dilimpahi mawaddah wa rahmah wa sakinah Abadan abada… Amiin… Dan lagi satu ayat paling famous (Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga!!!) Ermmm… Tak sabar pula nak tengok Syira jadi ummi… Hehehe =) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian berdua di dunia dan akhirat… Amiin (◠‿◠

Moga ukhwah kita berkekalan dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah… Uhibbuki Fillah! 


♥~✿~♥.•*´`*•.♥♥.•*´`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´) .•*´`*•.♥♥.•*´`*•.♥~✿~♥

“Apabila wanita itu telah melakukan solat 5 waktu, puasa pada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu sukai.” (Riwayat Ibn Majah)

♥~✿~♥.•*´`*•.♥♥.•*´`*•.(`'•.¸*¤* ¸.•'´) .•*´`*•.♥♥.•*´`*•.♥~✿~♥



kek pengantin...sedih tak dapat nak rasa...huhu =(




Alhamdulillah, ramai sahabat yang telah membina masjid dan bertunang. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian semua, sahabatku! =)

Jumaat, 6 Julai 2012

Usah Bermain Hati...

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan mulakan CINTA jika belum bersedia... Jangan beri HARAPAN jika perjalanan masih jauh... Kesannya besar tidak TERDUGA... Fokuslah apa yang perlu DIUTAMAKAN dahulu..
 



Hati perempuan itu terlalu lembut, kalau tidak pernah berniat untuk menjaganya walau sedetik pun, jangan pernah berani untuk mengusiknya!~Izzati Hashim~

Rabu, 4 Julai 2012

Muslimah ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagu Muslimah nyanyian Nazrey sangat menusuk hati. Saya jumpa video ini semasa melawati taman hati seorang sahabat blogger. Seronok dengar malah tidak jemu diulang banyak kali. Bukan saya seorang saja, malah adik junior saya pun suka mendengar dan menonton video ini. Rasa tenang, bahagia dan damai serta menginsafkan. Jom dengar dan tonton video ini! ^_~


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati



Terasa sayu tatkala mendengar dan menonton video ini. Ya Rabb, pimpinlah kami dalam setiap langkah perjalanan kami agar tidak terpesong daripada keredhaanMu... Kami sedar banyak perkara yang tidak mampu kami jaga sedangkan kami tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku... Peliharalah kami ya Allah... Amiin..

Diari Sufi ❤(◕‿◕)❤

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhwah saya layangkan buat sahabat yang berkunjung di taman hati ini (◠‿◠) lama benar rasanya tidak meng’update’ blog. Rindu rasanya… Huhu. Sahabat semua apa khabar? Sihat? Moga berada dalam rahmat dan redha Allah selalu… Amiin.

Alhamdulillah, hari ini saya telah menghabiskan membaca sebuah buku berjudul “Diari Sufi” karya Siti Munazakiah terbitan mustread. Bukunya ringkas dan menarik. Cetakan tulisannya yang cantik, dan jarang-jarang saya temui pada buku yang lain. Seronok baca “Diari Sufi” sebuah nukilan hati yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Setiap part dalam diari ini pasti diselitkan dengan doa-doa ringkas yang sering diambil ringan oleh mereka yang bergelar “manusia” dan lebih tepat lagi “muslim.” peringatan untuk diri saya juga =( 

Semasa membaca “Diari Sufi” ini, sahabat boleh kaitkan apa yang ditulis dengan diri kita sendiri sebagai satu proses muhasabah diri. Kadangkala tanpa kita sedar, apa yang ditulis oleh penulis terdapat persamaan dengan diri kita. Secara tidak langsung ini merupakan peluang kita untuk menilai diri serta mengingati apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan di bumi Allah ini. Semoga hidayah Allah bisa singgah di jiwa kita yang mengharapkan keredhaanNya… InsyaAllah (◠‿◠)

Oklah sahabat, setakat ini dahulu perkongsian saya. InsyaAllah, panjang umur kita berkongsi lagi ya.. Tata dan Assalamualaikum. Uhibbukum Fillah… InsyaAllah •.♥.•



Semoga bermanfaat! ^_^ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya