topbella

Jumaat, 29 Julai 2011

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Tinggal beberapa hari saja lagi bulan Sya’aban bakal melabuhkan tirai dan bulan Ramadhan pula memperlihatkan diri. Subhanallah! Maha Suci Allah. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan 8 tahun 2011 rupanya. Tinggal 4 bulan saja lagi tahun 2011 bakal mengundurkan diri. Nampaknya, usia kita juga semakin bertambah dan semakin hampir kepada kematian. Wallahu’alam. Tapi apa-apa pun, selagi hayat dikandung badan, nikmat kehidupan masih lagi diberi, inilah peluang kita untuk mempersiapkan diri sebelum menemui Sang Kekasih Hati. Pemilik Langit dan Bumi. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sepotong doa yang berbunyi:

Ya Allah! Telah tiba bulan Ramadhan dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini. Dan telah Engkau turunkan al-Quran sebagai petunjuk dan kebenaran. Ya Allah! Bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa. Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jom, sama-sama kita baca doa ini! Semoga puasa kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah Ta’ala..ameen. Bagi sahabat kaum Hawa yang tidak berkesempatan menjalani ibadah puasa oleh sebab kedatangan “sahabat karib setiap bulan” usah bersedih, usah berduka kerana kalian juga bakal mendapat ganjaran seperti orang yang berpuasa andai kalian meringankan tulang menyediakan juadah berbuka ^_~  hadiah daripada Sang Kekasih Hati. Jangan sia-siakan ya! 

Hadis Nabi:
“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, nescaya dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangai sedikit pun pahala berpuasa orang berkenaan.” (Riwayat Ahmad & an-Nasai)

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa. Semoga sahabat semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala…amen.




“Tiap amal anak Adam baginya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu bagiku dan akulah yang akan memberikan ganjaran puasanya itu”.(Hadis Qudsi)


 

EMULSIFIERS E-Codes For Pig Fat

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedikit perkongsian berkaitan kandungan lemak babi yang terdapat dalam makanan atau barangan yang kita beli di pasaran selama ini. Di sini saya paparkan kod E yang mengandungi lemak tersebut.
Firman Allah Ta’ala:
“Wahai manusia! Makanlah dari(makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (surah al-Baqarah: 168)
Kod ini saya perolehi semasa mengikuti kursus PBC yang lalu. Ayuh sahabat! Kita belek dahulu kandungan barangan yang bakal kita beli supaya tidak tersalah pilih. Jangan ikut selera saja.. ^_^
1
E
100

16
E
280

31
E
434

46
E
482
2
E
110

17
E
300

32
E
435

47
E
483
3
E
120

18
E
301

33
E
436

48
E
491
4
E
140

19
E
325

34
E
440

49
E
492
5
E
141

20
E
326

35
E
441

50
E
493
6
E
153

21
E
327

36
E
470

51
E
494
7
E
160

22
E
334

37
E
471

52
E
495
8
E
161

23
E
335

38
E
472

53
E
542
9
E
210

24
E
336

39
E
473

54
E
570
10
E
213

25
E
337

40
E
474

55
E
572
11
E
214

26
E
422

41
E
475

56
E
631
12
E
216

27
E
430

42
E
476

57
E
635
13
E
234

28
E
431

43
E
477

58
E
904
14
E
252

29
E
432

44
E
478

59
E
920
15
E
270

30
E
433

45
E
481




Ahad, 17 Julai 2011

Wanita Ibarat Pohon Semalu?

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, saya ingin mencoretkan sebuah kisah mengenai wanita dan pohon semalu. Sedang sibuk mengemas fail adik, terjumpa artikel ini. Pohon semalu yang tumbuh di tepi jalan atau di mana saja sebenarnya mempunyai maksud yang boleh dikaitkan dengan wanita. Subhanallah, Maha Suci Allah setiap apa yang diciptakanNya bukan sesuatu yang sia-sia pasti ada hikmah yang perlu kita rungkai selaku makhlukNya yang dikurniakan akal fikiran. Teringat firman Allah di dalam surah Al-Imran ayat 191 yang bermaksud “orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” Ok, jom kita hayati kisah ini!
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah R.A. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah menyatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah S.A.W dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah S.A.W menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan durinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.




Kesopanan dan kemuliaan seorang wanita itu dilihat sejauh mana sifat malu menghiasi dirinya, malu pada tempat sepatutnya, maruah terjaga, diri terpelihara. Malu itu indah, malu itu fitrah.


Sabtu, 16 Julai 2011

Doa Setiap Anggota Wudhuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum wudhuk
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada gangguan syaitan dan aku berlindung denganMu daripada kehadiran mereka di sisiku.”

Semasa basuh tangan
“Ya Allah! Aku meminta kepadaMu akan tuah dan berkat, dan aku berlindung denganMu daripada sial dan kebinasaan.”

Semasa berkumur
“Ya Allah! Permudahkan aku untuk membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir kepadaMu dan jadikanlah hidup dan matiku di dalam keadaan beriman.”

Semasa masukkan air dalam hidung
“Ya Allah! Ciumkanlah akan hidungku ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku.”

Semasa menghembus air dari hidung
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada bau busuk api neraka dan daripada kejahatan tempat kediamanku.”

Semasa membasuh muka
“Ya Allah! Putihkanlah wajahku dengan nurMu pada hari yang menjadikan putih wajah para AuliaMu (hari kiamat) dan jangan Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapanMu pada hari menjadi hitam wajah musuh-musuhMu.”

Semasa membasuh tangan kanan
“Ya Allah! Berikanlah kepadaku catitan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.”

Semasa membasuh tangan kiri
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada Engkau berikan catitan amalanku di tangan kiriku, atau sebelah belakangku.”

Semasa membasuh kepala 
“Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmatMu dan turunkanlah kepadaku berkatMu, dan naungilah aku di bawah naungan ‘arasyMu di hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naunganMu. Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka.”

Semasa membasuh telinga 
“Ya Allah! Jadikanlah aku daripada hambaMu yang mendengar sesuatu perkataan lalu mengikuti yang baik-baik daripadanya. Ya Allah! Perdengarkanlah akan aku suara pemanggil syurga di dalam syurga bersama dengan orang yang baik.

Semasa membasuh tengkuk 
“Ya Allah! Bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMu daripada segala rantai dan belenggu (di dalam api neraka).”

Semasa membasuh kaki kanan
“Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMu yang soleh.”

Semasa membasuh kaki kiri
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika aku melalui di atas titian Siratul Mustaqim. Di mana pada hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang yang munafik dan musyrik.”


Doa ini saya petik daripada buku Bidayatul Hidayah halaman 30-37 dalam tajuk Adab-adab Berwudhuk. Buku ini saya pernah war-warkan dalam kategori sahabat. 


Renung-renungkan dan selamat beramal!




Dia Isabella

بسم الله الرحمن الرحيم

Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari Syurga. Seorang gadis yang berusia 17 tahun, merupakan anak kepada seorang ketua paderi bandar Cordova. Mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan keagamaan dan sangat mengambil perhatian dalam perbincangan mengenai ilmu ketuhanan. Hidayah Allah hadir tika diri mencari hakikat kebenaran antara Islam dan Kristian. Novel ini saya temui ketika meredahi lautan ilmu di KLIBF 2011 yang lalu. Saat terbaca kata-kata daripada Abdullah Hussain yang merupakan penterjemah novel ini, hati tertarik untuk memilikinya. 

“Sewaktu melihat-lihat buku di Kedai Buku Universiti Sains Malaysia pada 11 Jun 1980, ketika saya menjadi ‘ahli cipta’ di USM, perhatian saya terpikat pada sebuah buku berjudul Isabella oleh Maulana Muhammad Saeed. Melihat ilustrasi kulitnya yang berlambangkan bulan bintang dan salib, saya segera teringat kepada rencana di dalam sebuah majalah Islam terbitan England kira-kira 40 tahun lalu yang menceritakan kisah seorang serikandi Islam di Sepanyol yang bernama Isabella. Pada kulit novel tersebut ada tertulis “A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY” yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan antara Islam dan Kristian daripada sebuah novel meskipun ada ciri-ciri kreatif di dalamnya.”  ~Abdullah Hussain~

Di dalam novel ini, terdapat perkara berkaitan hukum-hukum agama dan kutukan dalam Perjanjian Lama Kristian, ketuhanan Jesus Kristus, penebusan dosa dan beberapa isu yang berkaitan Islam dan Kristian. Sangat menarik!




Semoga kita sentiasa berada dalam agama Allah dan bersyukurlah kerana dilahirkan dalam keluarga Muslim. Semoga saudara Non-Muslim mendapat hidayah daripada Allah..ameen. Bagaimana dengan nikmat Islam kita selama ini? Adakah kita telah menyempurnakannya atau sekadar pada nama?


Khamis, 14 Julai 2011

Makna Sebuah Kehidupan2

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Ketika insan melihat ke langit,
Lalu bertanya kepada dirinya,
Apakah langit sebagai hujungnya,
Hujung bagi sebuah kehidupan?

Saat insan melihat ke tanah,
Lalu hati terasa pasrah,
Apakah ini penghujung kisah,
Atau dari sini mulanya kembara,
 Kembara menuju destinasi cinta?

 Ketika insan mendengar firman,
Mencari jawapan daripada tuhan,
Tentang makna sebuah kehidupan,
Lalu Allah memberi pedoman,
Tentang diri juga kehidupan,
Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.

Hidup ini maknanya nyata,
Bagi mereka yang inginkan bahagia,
Hidup ini hakikatnya ada,
Pada kembara menuju cinta,
Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.

Maka hiduplah dengan makna ini,
Duhai insan yang mengerti,
Andai kebahagiaan yang ingin dicari,
Kerana hidup di dunia cuma sekali,
Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,
Sedang setiap pilihan akan ditanya.

Apa ertinya ini dan mengapa,
Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,
 Kepada Tuhan Maha Pencipta?
 
~ Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ~





Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya