topbella

Sabtu, 16 Julai 2011

Doa Setiap Anggota Wudhuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum wudhuk
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada gangguan syaitan dan aku berlindung denganMu daripada kehadiran mereka di sisiku.”

Semasa basuh tangan
“Ya Allah! Aku meminta kepadaMu akan tuah dan berkat, dan aku berlindung denganMu daripada sial dan kebinasaan.”

Semasa berkumur
“Ya Allah! Permudahkan aku untuk membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir kepadaMu dan jadikanlah hidup dan matiku di dalam keadaan beriman.”

Semasa masukkan air dalam hidung
“Ya Allah! Ciumkanlah akan hidungku ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku.”

Semasa menghembus air dari hidung
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada bau busuk api neraka dan daripada kejahatan tempat kediamanku.”

Semasa membasuh muka
“Ya Allah! Putihkanlah wajahku dengan nurMu pada hari yang menjadikan putih wajah para AuliaMu (hari kiamat) dan jangan Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapanMu pada hari menjadi hitam wajah musuh-musuhMu.”

Semasa membasuh tangan kanan
“Ya Allah! Berikanlah kepadaku catitan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.”

Semasa membasuh tangan kiri
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada Engkau berikan catitan amalanku di tangan kiriku, atau sebelah belakangku.”

Semasa membasuh kepala 
“Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmatMu dan turunkanlah kepadaku berkatMu, dan naungilah aku di bawah naungan ‘arasyMu di hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naunganMu. Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka.”

Semasa membasuh telinga 
“Ya Allah! Jadikanlah aku daripada hambaMu yang mendengar sesuatu perkataan lalu mengikuti yang baik-baik daripadanya. Ya Allah! Perdengarkanlah akan aku suara pemanggil syurga di dalam syurga bersama dengan orang yang baik.

Semasa membasuh tengkuk 
“Ya Allah! Bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMu daripada segala rantai dan belenggu (di dalam api neraka).”

Semasa membasuh kaki kanan
“Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMu yang soleh.”

Semasa membasuh kaki kiri
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika aku melalui di atas titian Siratul Mustaqim. Di mana pada hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang yang munafik dan musyrik.”


Doa ini saya petik daripada buku Bidayatul Hidayah halaman 30-37 dalam tajuk Adab-adab Berwudhuk. Buku ini saya pernah war-warkan dalam kategori sahabat. 


Renung-renungkan dan selamat beramal!




0 ulasan:

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya