topbella

Isnin, 27 Jun 2011

Kisah Dua Beradik

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini kisah dua beradik. Seorang bernama Syakur dan seorang lagi bernama Fakhrul. Syakur merupakan seorang yang sangat aktif. Mulut diam tapi, ada saja benda yang dibuatnya. Berbeza dengan Fakhrul, dia seorang yang banyak cakap tapi apa yang dicakapkannya tiada siapa pun yang memahami. Bahasa baby la katakan. Mereka sering mendapat gelaran “Upin dan Ipin” apabila berkunjung ke suatu destinasi. Mengapa ya? Hehehe… bakal diketahui. 

Mereka tinggal di teratak bahagia bersama atuk, nenek, ummi, pak cik dan mak cik mereka. Kehidupan di teratak bertambah ceria dan riuh-rendah dengan kehadiran dua beradik ini. Kebiasaannya, apabila tiba masa untuk mereka beradu, pelbagai ragam bakal mereka persembahkan. Syakur menjadi semakin aktif apabila tiba waktu ini. Tapi, apabila sudah penat, Syakur akan tidur sendiri. Tengok-tengok sudah tidur. Si Fakhrul pula, apabila tiba waktu beradu dia akan merengek-rengek dan menangis. Masa ini, kesabaran bakal diuji. Adakah semua baby akan merengek dan menangis sebelum tidur? Jawapannya ada pada mereka yang berpengalaman...^_^

Dua beradik ini, pantang nampak orang makan. Mesti nak join sekali. Suka sangat mengunyah. Berhati-hati, tidak semua makanan boleh dikongsi dengan mereka. Syakur seorang yang suka bergurau dan mencari perhatian. Ada saja yang dibuatnya untuk memeriahkan suasana dengan gelak ketawa. Permainan yang disukainya ialah bola. Dia suka sesuatu yang boleh bermain dengan kawan. Satu perkara yang menakutkan Syakur ialah kucing. Apabila ternampak kucing masuk ke dalam rumah, Syakur berlari lintang pukang dan menangis. Fakhrul pula, suka ikut ke mana saja Syakur pergi bersama walker kesayangannya. Apa saja yang dilakukan oleh Syakur bakal mengundang gelak tawa Fakhrul.

Kehadiran mereka sangat bermakna dan membahagiakan seisi rumah.Semoga Allah menjaga dan memelihara mereka dan anak-anak kecil di luar sana dalam meniti usia yang kian meningkat serta mendatangkan manfaat kepada Islam, Bangsa dan Negara.






Bukan mudah untuk mendidik, kesabaran sangat diperlukan dalam melayani kerenah dan telatah anak kecil. Mereka tidak mengetahui, kita yang harus bijak dalam mendidik. Sesiapa yang ada tips atau perkongsian dalam mendidik anak kecil boleh dikongsikan di sini….Terima kasih!

...: @_@ :...

بسم الله الرحمن الرحيم




Sesaknya hati tatkala wujud perasaan rindu,
Tidak pernah padam walau seketika,
Apatah lagi kasih yang tercurah,
Tidak pernah goyah walau badai melanda,
PadaMu ya Rabb, tersandar segala ketentuan. 




Rindu pada yang Esa, hati tenang dan bahagia. Beruntunglah mereka yang merasai nikmatnya kasih Sang Pencipta. Bukan mudah menggapai kasih tatkala hati terpaut dek indahnya dunia apatah lagi terkena panahan hati insan yang belum pasti takdir di akhirnya.

Khamis, 23 Jun 2011

Hikmah Disebalik Itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sinar mentari memancar seri, pagi itu terasa nyaman sekali. Sekawan burung menyanyi keriangan dan bersahut-sahutan. Panorama yang menghijau menjadikan udara segar penuh ketenangan. Subhanallah, Maha Suci Allah. Kelihatan dua beradik sedang rancak berbual berkongsi rasa duduk bersama di bawah sepohon pokok yang rendang. Sangat mendamaikan.

Adik: Akak, kadangkan adik rasa malas la nak baik dengan kawan adik tu.

Akak: Kenapa? Adik kan rapat dengan dia.

Adik: Bukan apa akak. Adik tak suka la sikap dia tu. Cakap orang, tapi dia pun sama. Cakap tak serupa bikin. Lepas tu, kalau adik susah dia lari. Masa senang je bersama dengan adik. Kadang kalau ada apa-apa, adik rasa malas nak tolong. Tapi, adik tak boleh tengok kawan susah mesti nak tolong. Itulah kelemahan adik. 

Akak: Owh, patut la adik kesayangan akak ni beremosi sangat (sambil memaut erat bahu adiknya itu). Adik rasa, itu satu kelemahan ke? Bagi akak tak, itu adalah satu kelebihan yang Allah berikan pada adik. Menolong orang yang memerlukan pertolongan, Allah sayang tau. Ada orang dia nak buat kebaikan tapi masih lagi teragak-agak sama ada nak tolong atau tidak. Hati mulia la adik akak ni, nampak orang susah je nak tolong. Tak teragak-agak pun.

Adik: Adik bukan apa akak, adik cuma nak dia hargailah sikit apa yang adik buat. Kalau adik susah dia buat tak tahu je. Hati adik pun dia tak jaga. Adik je nak jaga hati dia. Kadangkan akak, adik pernah terfikir tau kalau tak ada kawan pun tak apa daripada dapat kawan macam dia. Jahatkan adik ni.

Akak: Apalah adik ni (sambil ketawa lucu mendengar kata adiknya tadi). Kalau fikir logik memang pun macam tu. Tak perlu kawan. Orang kata apa? Buat baik berpada-pada nanti kena pijak kepala. Lagi satu apa? Buat baik biar la pada tempatnya. Tapikan adik, (kembali tenang) ingat tak ayah pernah cakap dulu, janganlah la balas apa yang orang buat pada kita sebaliknya lebih elok dan mulianya jika kita berdoa pada Allah agar dia berubah menjadi baik akhlaknya. Salah satu doa yang dimakbulkan Allah ialah doa orang yang teraniaya. Tapi akak tahu, bukan mudahkan? Sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah itu.

Adik: Emm…betul cakap akak tapi adik macam tak mampu je.

Akak: Belum cuba lagi dah cakap tak mampu? Adik akak ni biar betul? (kehairanan) Bagi akak ini merupakan tarbiah daripada Allah untuk adik. Ikhlas sifat muliakan? Di sinilah Allah menguji keikhlasan adik dengan mendatangkan ujian kawan yang bersikap sedemikian. 

Adik: Betul juga cakap akak tu….

Akak: Cuba adik bayangkan, kalau adik tak tolong kawan adik, bermusuhan dengan dia. Adik tahu siapa paling gembira dan mengadakan pesta kejayaan?

Adik: Tak tahu. Ada ke orang buat pesta kejayaan bila bermusuhan?

Akak: Mesti la ada. Musuh utama manusia siapa lagi kalau bukan syaitan. Betuk tak? Hahaha mesti adik lupa ni. Syaitan berkata dalam surah Al-Hijr ayat 39 yang bermaksud ia berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan(kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” 

Adik: Apa kaitannya dengan kisah adik?

Akak: Kaitannya macam ni, memanglah kita tak buat kejahatan yang nampak macam minum arak, mengumpat, pukul orang, tapi kitakan perlu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Bila adik dah tak nak berbaik dengan kawan adik tu makanya, adik telah kalah dengan syaitan yang menghasut adik secara halus. Betul tak? Ke akak silap?

Adik: Akak betul.. Terima kasih kak ingatkan adik.

Akak: Sama-sama. Ini peringatan untuk diri akak juga. Kita sama-sama muhasabah diri. Ok? Sambil tersenyum memandang adiknya.

Adik: Ok! Sayang akak!

Akak: Sayang adik juga!

Kebahagiaan dan kegembiraan terpancar di wajah kedua beradik itu. Saat cuti semester inilah digunakan sebaiknya oleh mereka berkongsi rasa dan mengeratkan ukhwah yang terjalin sejak azali lagi. 





Indahnya hidup ini andai semuanya kerana Allah.




Rayuan Nurani



بسم الله الرحمن الرحيم

Di luar sana, hujan turun renyai-renyai. Jam dinding menunjukkan pukul 11:30 malam. Seorang gadis leka bermain bersama laptop kesayangannya menaip dan menerokai lautan ilmu di alam maya. Jiwanya tersentuh tatkala mendengar sebuah lagu yang begitu mengusik jiwa. Sangat tersentuh. Saat itu juga, hatinya benar-benar menangis menghayati setiap bait lirik lagu yang tidak pernah didengarnya sebelum ini. “Rayuan Nurani” dendangan kumpulan nasyid Saff One kedengaran di corong radio. 

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu

Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada

Di mana... Oh di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku

Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu

Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu


Malam itu, terbit satu kekuatan yang tidak pernah hadir sebelum ini. Malam itu, dia bangun menyembah Tuhan yang satu merayu dan memunajat mengemis kasih Sang Khalik. Pada Mu ya Rabbi, kehidupanku, ku serahkan.


 


Ya Allah, pimpinlah kami menuju cinta dan redhaMu…ameen.







Isnin, 20 Jun 2011

Adab-adab Bersahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kehidupan kita, sahabat merupakan orang yang paling rapat dan sentiasa bersama apatah lagi bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada keluarga. Coretan kali ini, saya ingin berkongsi mengenai adab-adab bersahabat daripada buku “Bidayatul Hidayah” karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Sebelum itu, untuk pengetahuan sahabat semua “Bidayatul Hidayah” bermaksud Permulaan Jalan Hidayah. Ok, jom kita teruskan perkongsian ini!

Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya. Antara adab-adab itu ialah:

1)Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2)Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabat itu meminta tolong.

3)Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4)Menutup keaiban sahabatnya.

5)Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabat kita.

6)Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabat kita.

7)Mendengar dengan baik apabila sahabat bercakap dengan kita.

8)Meninggalkan perbalahan dengan sahabat.

9)Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.

10)Memuji sahabat akan kebaikannya.

11)Berterima kasih kepada sahabat atas kebaikannya.

12)Menegah orang lain daripada mengumpat sahabat kita seperti kita membela diri sendiri.

13)Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila hendak menasihati sahabat kita.

14)Memaafkan segala kesilapan sahabat dan janganlah mencelanya.

15)Mendoakan sahabat ketika sahabat itu masih hidup atau telah meninggal dunia.

16)Mengekalkan ukhwah terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu.

17)Jangan suka membebankan sahabat.

18)Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabat itu dan menyatakan kesusahan terhadap apa yang menyusahkan hati sahabat itu. (gembira dan sedih bersama, susah dan senang bersama)

19)Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20)Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

21)Meluaskan tempat duduk kepada sahabat ketika di dalam majlis dan hendaklah berpindah ke tempat lain jika tidak dapat berbuat demikian. (memberikan sahabat kita tempat duduk)

22)Hendaklah kita menghantar sahabat ke muka pintu apabila sahabat itu keluar dari rumah kita.

23)Hendaklah berdiam ketika sahabat sedang bercakap sehingga selesai percakapannya dan janganlah mencelah ketika sahabat itu sedang bercakap.
 
Sabda Rasulullah S.A.W: “Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai  di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya.”

Mari kita renungkan kembali, bagaimanakah perlakuan atau adab kita sesama sahabat sepanjang terjalinnya ukhwah ini? Adakah kita telah melaksanakan yang sewajarnya terhadap sahabat kita? Sama-samalah kita bermuhasabah agar mampu menjadi seorang sahabat yang sebenar-benar sahabat. (peringatan untuk diriku yang sering melakukan kesilapan) Maafkan daku sahabat.



 
Terima kasih buat sahabat yang menyayangiku seadanya. Kalian sering mengingati diriku walau dalam keadaan yang “urgent” di saat daku tiada di tempat itu. Rindu kalian. Terima kasih ya Allah mengurniakan daku sahabat seperti mereka. Syukran jazilan buat dua orang sahabatku dari IPG yang memperkenalkan buku “Bidayatul Hidayah” kepadaku.


Khamis, 16 Jun 2011

Racun Halus

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada hari Jumaat yang lalu, saya berkesempatan menonton rancangan Al-Kuliyyah jam 5:00 petang di TV3. Topik perbincangan pada minggu tersebut ialah Racun Halus bersama Al-Fadhil Ust. Sharhan Shafie. Coretan kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat sedikit ilmu daripada rancangan tersebut yang sempat saya catat ^_^  Jom! 

Apa itu racun halus? Sahabat tahu? Menurut perubatan Islam, racun halus merupakan campuran daripada bahan-bahan yang sangat berbisa atau beracun dihantar secara langsung atau tidak langsung kepada seseorang. Orang yang terkena racun halus ini akan mendapat penyakit yang tidak dapat dikesan oleh pihak hospital. Nama lain bagi racun halus ialah santau. Di sini saya titipkan beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui berkaitan racun halus. Sahabat boleh layari http://www.zamdurrani.dumei.com untuk maklumat lanjut bagi merawat penyakit ini.

Ciri-ciri bomoh yang menggunakan jin

1)    1)Dalam rumah ada tengkorak.
2)   2)Menurun(berubah perwatakan/menuduh siapa yang lakukan)tidak   semestinya orang yang dituduh itu melakukan perbuatan tersebut kerana jin suka porak-perandakan persaudaraan.

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki daripada kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki daripada jin, tetapi mereka(jin) menjadikan mereka(manusia) bertambah sesat. (surah Al-Jinn: 6)

   3)Menggunakan asap (makanan jin)
4)     4)Memberi azimat tertentu (cth: tangkal)
5)     5)Menggunakan pengeras (cth: bayaran)
6)     6)Tiada perkataan InsyaAllah.
7)     7)Cakap besar.

 Tanda-tanda terkena santau semasa berjaga

1)      1)Batuk berlarutan.
2)      2)Batuk berdarah.
3)      3)Sentiasa lenguh badan.
4)      4)Haid tidak menentu.
5)      5)Kandungan bawah 3 bulan gugur.
6)      6)Nafas berbau.
7)      7)Bawah mata biru.
8)      8)Kuku menjadi biru.
9)      9)Rasa gatal-gatal.

Tanda-tanda terkena santau semasa tidur

1)      1)Mimpi ular.
2)      2)Terjatuh dari tempat tinggi.
3)      3)Dikejar binatang berbisa.
4)      4)Mimpi benda-benda tajam.
5)      5)Mimpi bayi.
6)      6)Bangun pagi ada kesan lebam pada badan.

Kesan terkena santau

# Boleh membawa kepada kematian dan membantutkan kesihatan.

Tips mengelak santau

1)Mencegah lebih baik daripada merawat.
2)Amalankan surah Al-Fatihah.
3)Amalkan ayat kursi.
4)Amalkan surah Al-Furqan ayat 23 


وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
  
    Dan Kami (Allah) akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami (Allah) akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

5)Amalkan

      بسم الله الذى لايضرمع اسمه شئ فى الأرض ولا فى السماء وهوالسميع العليم
             
Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.





Sungguh,syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (surah Fathir: 6)



Selasa, 14 Jun 2011

Barakallahu lakuma ^_^


 بسم الله الرحمن الرحيم
 
Saat ini (cuti semester 4 bulan) ada beberapa orang sahabat saya bakal menukar status diri menjadi ‘zaujah’. Alhamdulillah, Allah telah pertemukan kalian dengan 'Imam' yang bakal menerajui mahligai syurga idaman. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baharu” buat sahabat tersayang di Penang, Nur Shafawati binti Abd Rahni dan suami. Mabruk 'alaikum! Semoga mahligai yang dibina membawa mawaddah wa rahmah dalam kehidupan kalian. Buat Shafa… Semoga mahligai yang dibina bakal dikurniakan ulama-ulama yang soleh dan solehah bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w tercinta dalam menyebarkan syiar Islam.


برك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير
Barakallahu lakuma wa Baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair

“Semoga Allah memberi berkat kepada kamu berdua dan berkat ke atas kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan” 
~Doa buat pengantin~

Selamat Bercinta Hingga ke Syurga Shafa!


Sabda Rasulullah s.a.w : “Dikahwini seorang wanita itu kerana 4 perkara: Harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan dapat segalanya.”


Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya