topbella

Isnin, 27 Jun 2011

Kisah Dua Beradik

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini kisah dua beradik. Seorang bernama Syakur dan seorang lagi bernama Fakhrul. Syakur merupakan seorang yang sangat aktif. Mulut diam tapi, ada saja benda yang dibuatnya. Berbeza dengan Fakhrul, dia seorang yang banyak cakap tapi apa yang dicakapkannya tiada siapa pun yang memahami. Bahasa baby la katakan. Mereka sering mendapat gelaran “Upin dan Ipin” apabila berkunjung ke suatu destinasi. Mengapa ya? Hehehe… bakal diketahui. 

Mereka tinggal di teratak bahagia bersama atuk, nenek, ummi, pak cik dan mak cik mereka. Kehidupan di teratak bertambah ceria dan riuh-rendah dengan kehadiran dua beradik ini. Kebiasaannya, apabila tiba masa untuk mereka beradu, pelbagai ragam bakal mereka persembahkan. Syakur menjadi semakin aktif apabila tiba waktu ini. Tapi, apabila sudah penat, Syakur akan tidur sendiri. Tengok-tengok sudah tidur. Si Fakhrul pula, apabila tiba waktu beradu dia akan merengek-rengek dan menangis. Masa ini, kesabaran bakal diuji. Adakah semua baby akan merengek dan menangis sebelum tidur? Jawapannya ada pada mereka yang berpengalaman...^_^

Dua beradik ini, pantang nampak orang makan. Mesti nak join sekali. Suka sangat mengunyah. Berhati-hati, tidak semua makanan boleh dikongsi dengan mereka. Syakur seorang yang suka bergurau dan mencari perhatian. Ada saja yang dibuatnya untuk memeriahkan suasana dengan gelak ketawa. Permainan yang disukainya ialah bola. Dia suka sesuatu yang boleh bermain dengan kawan. Satu perkara yang menakutkan Syakur ialah kucing. Apabila ternampak kucing masuk ke dalam rumah, Syakur berlari lintang pukang dan menangis. Fakhrul pula, suka ikut ke mana saja Syakur pergi bersama walker kesayangannya. Apa saja yang dilakukan oleh Syakur bakal mengundang gelak tawa Fakhrul.

Kehadiran mereka sangat bermakna dan membahagiakan seisi rumah.Semoga Allah menjaga dan memelihara mereka dan anak-anak kecil di luar sana dalam meniti usia yang kian meningkat serta mendatangkan manfaat kepada Islam, Bangsa dan Negara.






Bukan mudah untuk mendidik, kesabaran sangat diperlukan dalam melayani kerenah dan telatah anak kecil. Mereka tidak mengetahui, kita yang harus bijak dalam mendidik. Sesiapa yang ada tips atau perkongsian dalam mendidik anak kecil boleh dikongsikan di sini….Terima kasih!

2 ulasan:

Saya kan kakak \^^/ berkata...

rindu 'upin ipin' nih! hehe :)

wardatulsofea berkata...

to saya kan kakak ^_^

kalau rindu..datang la rumah..
dekat je kan..huhu

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya