topbella

Rabu, 21 Disember 2011

.: Nilai Hati Wanita dan Pakaian :.

بسم الله الرحمن الرحيم

Nilai hati wanita dan pakaian seringkali dikaitkan dalam isu penutupan aurat. InsyaAllah, ada sedikit pencerahan berkaitan isu ini yang ingin saya kongsikan dengan sahabat semua. Pencerahan daripada Dr. Zaharuddin ini amat mudah untuk difahami. Bagi mendapatkan pencerahan ini, sahabat perlulah mendengar  dan melihat video di bawah ini. (^_^) Enjoy this video!




Semoga bermanfaat ^_^
 

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhwah dan terima kasih kepada semua sahabat yang berkunjung ke laman hati saya ini.. (◠‿◠) biasa tak dengar ayat seperti tajuk entri kali ini? Saya percaya, ramai dikalangan kita banyak kali mendengarnya. Betul tak? Saat menunggu ketibaan bas untuk pergi ke kampus, datang seorang adik junior menghampiri saya dan memberikan sehelai risalah yang membincangkan mengenai aurat wanita. Salah satunya bertajuk  “DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.”

Kata-kata ini sering kita dengar daripada wanita yang tidak menutup aurat  serta mendakwa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. Mereka juga menyatakan bahawa “wanita yang bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” katanya memberikan buah fikiran. “Malah kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan tak buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi. Benarkah hujah mereka? benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin “advance” hujahnya lantas berhujah dengan maksud hadith Nabi yang sahih iaitu:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Perhatikan situasi di bawah ini:

“Seorang pekerja yang  dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerja sedangkan dokumen yang dipinta si bos masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.” Lalu jawab si pekerja: “Saya luaran je nampak main ‘game’ bos. Tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang.” Adakah anda rasa si bos boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya:

“Ketahuilah bahawa di dalam diri anak adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat diperingkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka harus ia dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik peringkat kedua adalah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.



Terima kasih adik diatas perkongsian ini. Semoga Allah membalasnya... Barakallahufik ^_^

Isnin, 19 Disember 2011

Selamat Hari Tua...hehehe

بسم الله الرحمن الرحيم



Salam kerinduan buat semua sahabat(pengunjung) taman hati ini ^_^ Sahabat sihat? Semoga sihat zahir dan rohani ya… Buat sahabat yang tidak berapa sempurna kesihatannya, saya ucapkan “syafakallah/syafakillah” semoga cepat sihat dan diberikan keceriaan olehNya.. InsyaAllah.

Hari ini, 19 Disember 2011 merupakan hari yang sangat dinantikan oleh 3 orang yang saya sayang di bumi Malaysia ini. Nak tahu siapa mereka? Mereka ialah Kak Ya, Kak Yati dan Adik Mas. Hari ini merupakan hari tua mereka bertiga..huhuhu.

Selamat Hari Lahir buat kalian bertiga. Semoga panjang umur dan diberkati umurnya. Dipermudahkan segala urusan serta diberikan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Buat Kak Yati, semoga cepat kahwin… Huhuhu tak sabar nak pergi berewang di rumah akak… Hehehe

Semoga hari-hari yang kalian lalui memberikan sejuta ketenangan dan kedamaian dalam diri serta kehidupan kalian di bawah naungan kasih sayang Illahi. Buat Kak Ya, walaupun sudah lama kita tidak bersua, adik di sini sentiasa mengingati akak dan rindu akak selalu. Pasti tersenyum apabila teringat detik pertemuan kita 4 tahun lalu. Tak sangka ukhwah kita berpanjangan hingga ke saat ini. Syukur Alhamdulillah (◠‿◠) Semoga akak sentiasa sihat dan rajin-rajin makan ubat ya kak ^_^

Buat Adik Mas yang gendut =p jangan nakal-nakal ya... Semoga menjadi muslimah dan anak yang solehah. Belajar rajin-rajin supaya dapat memberi manfaat kepada agama Islam, bangsa dan negara. Chaiyok2!

Akhir kalam, sayang kalian bertiga kerana Allah. InsyaAllah ^_^ Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat yang lahir pada hari ini... Sanah Helwah ya! (◠‿◠)



Hari ini hari lahirmu, hari yang bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah lagi tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu matang dek ujian yang mendatang, hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu menempuh onak duri, hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya, semakin berkurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu, semakin bersedia malaikat maut datang menjemputmu, semakin dekat masa amalan dihitung, dan semakin hampir haruman firdausi denganmu... renungkan.

Jumaat, 16 Disember 2011

•.♥.• Damaikan Hatimu, Sahabatku....

بسم الله الرحمن الرحيم

“Kamu kuat apabila dia tiada dan kamu lemah apabila dia ada”


Sahabat, damaikanlah hatimu dengan takdirNya. Usah bersedih terlalu lama. Hidup ini suatu perjuangan. Ujian itu warna kehidupan. Tanda kasihNya pada kita. Mana mungkin hadirnya ujian itu sia-sia tiada makna. 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ujian itu tarbiyyah. Bukan sia-sia. Menguji diri hamba padaNya. Rasa ujian itu pahit kerana keimanan itu manis. Ini suratan. Ini ketentuan. Ini takdir. Buat dirimu sahabatku. Menangislah, andai tangisan itu bisa mengubat, bisa merawat lara di hatimu. Moga selepas ini, tangisan itu tidak lagi menemani lakaran hidupmu. Allah sayangkan kamu. DIA merindui kamu. DIA mencintai kamu. DIA ingin kamu dekat denganNya. Selalu bersama DIA. Sahabat, inilah kehidupan. Diwarnai dan dipenuhi pelbagai corak dan warna. Kerenah manusia? Itu salah satunya. Fitrah semulajadi memang begitu. Kita? Ya, manusia… Perlu belajar, memahami, meneliti, dan mengambil pelajaran. Tidak sia-sia kan? 

Itulah pengalaman. Guru terbaik untuk kita melayari kehidupan sementara ini agar tidak tersungkur kali kedua. Mungkin kita lupa kehidupan ini sementara. Ya, sementara... Tidak kekal. Bakal lesap dan hilang. Moga ujian itu menjadi wasilah menyemai rasa cinta kepadaNya. Wasilah menyuburkan taman keimanan kepadaNya. DIA Sang Khaliq, tempat selayaknya kita kembali. Tempat selayaknya kita mencurahkan segala rasa. Pasti selepas itu, ketenangan bakal meresapi segenap jiwamu.

Damaikanlah hatimu dengan takdirNya, sahabatku. Kehidupan ini masih panjang. Masih wujud lagi hari-hari bahagia buat dirimu. Usah diingat sesuatu yang menyakiti hatimu. Biarkan ia pergi.. Pergi jauh dari hidupmu. Usah dikenang. Usah difikirkan. Takdir telah menentukan. Terima dengan keredhaan. Itu ketenangan. Moga bunga keceriaan dan pohon kebahagiaan menghiasi kehidupanmu bersama Cinta, Kasih serta Rahmat dariNya. Aku ada bersamamu selalu. InsyaAllah.





 "Persiapkanlah diri untuk menghadapi perkara yang paling kita tidak inginkan dalam kehidupan maka apabila perkara itu terjadi, diri akan selalu merasa baik."


Khamis, 15 Disember 2011

:: Tentang Kita ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Dulu, segalanya mudah.
Segalanya indah.
Segalanya bahagia.
Tiada gundah.
Tiada gelisah.
Tiada duka.
Kini, segalanya berubah.
Ya, hanya kerana satu perkara.
Sesuatu yang tidak bisa diungkap.
Tidak bisa dilafaz.
Mungkinkah akan terlerai?
Maaf?
Apakah itu harus diungkap?
Bukan itu.
Kejujuran?
Ya, itu penyelesaian.
Itu kepastian.
Itu ketenangan.
Itu hakikat.
Hakikat?
Ya, hakikat.
Tentang kita.



Sayangku padamu seadanya dirimu, sahabatku. 

Isnin, 5 Disember 2011

Menutup aurat tidak semestinya baik???

بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali kita mendengar orang kata, “Orang pakai tudung tidak semestinya baik” atau “Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik.” Jadi, apa pandangan sahabat berkaitan ayat tersebut? Emmm… Susah juga ya nak jawab soalan ini apabila tiba-tiba ditanya. >_<  Daripada pemerhatian saya sepanjang menumpang di bumi Allah ini, ya… Kadang-kadang, kita lihat tidak semua orang yang menutup aurat itu baik dan tidak semua orang yang tidak menutup aurat itu tidak baik. Malahan, orang yang tidak menutup aurat itu kadangkala lebih baik dan lebih menyenangkan berbanding dengan orang yang menutup aurat terutama dari segi sikap atau perangai (ada juga yang menutup aurat dan baik akhlaknya... Yang ini, sooo sweet (◠). Ini sekadar pemerhatian saya sahaja, bagaimana pula dengan sahabat?

Alhamdulillah… Saat menziarahi laman Ustaz Pahrol, saya temui pencerahan berkaitan perkara ini. Sahabat boleh klik di sini Laman Ustaz Pahrol Untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang perkara ini. Jom sama-sama kita hayati dan hadam pancerahan daripada Ustaz Pahrol. (◠)

Antara ayat-ayat daripada Ustaz Pahrol yang saya tertarik:-

~”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

~“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

~“namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

~“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

~“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

~“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

~“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

~“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

~“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

~“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

~“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

~“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

~“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

~“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”







Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya