topbella

Rabu, 21 Disember 2011

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhwah dan terima kasih kepada semua sahabat yang berkunjung ke laman hati saya ini.. (◠‿◠) biasa tak dengar ayat seperti tajuk entri kali ini? Saya percaya, ramai dikalangan kita banyak kali mendengarnya. Betul tak? Saat menunggu ketibaan bas untuk pergi ke kampus, datang seorang adik junior menghampiri saya dan memberikan sehelai risalah yang membincangkan mengenai aurat wanita. Salah satunya bertajuk  “DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.”

Kata-kata ini sering kita dengar daripada wanita yang tidak menutup aurat  serta mendakwa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. Mereka juga menyatakan bahawa “wanita yang bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” katanya memberikan buah fikiran. “Malah kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan tak buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi. Benarkah hujah mereka? benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sudah semakin “advance” hujahnya lantas berhujah dengan maksud hadith Nabi yang sahih iaitu:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Perhatikan situasi di bawah ini:

“Seorang pekerja yang  dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerja sedangkan dokumen yang dipinta si bos masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu.” Lalu jawab si pekerja: “Saya luaran je nampak main ‘game’ bos. Tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang.” Adakah anda rasa si bos boleh menerima cakap pekerjanya itu? Adakah Allah SWT boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya:

“Ketahuilah bahawa di dalam diri anak adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat diperingkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka harus ia dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik peringkat kedua adalah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.



Terima kasih adik diatas perkongsian ini. Semoga Allah membalasnya... Barakallahufik ^_^

0 ulasan:

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya