topbella

Isnin, 5 Disember 2011

Menutup aurat tidak semestinya baik???

بسم الله الرحمن الرحيم

Seringkali kita mendengar orang kata, “Orang pakai tudung tidak semestinya baik” atau “Orang yang menutup aurat tidak semestinya baik.” Jadi, apa pandangan sahabat berkaitan ayat tersebut? Emmm… Susah juga ya nak jawab soalan ini apabila tiba-tiba ditanya. >_<  Daripada pemerhatian saya sepanjang menumpang di bumi Allah ini, ya… Kadang-kadang, kita lihat tidak semua orang yang menutup aurat itu baik dan tidak semua orang yang tidak menutup aurat itu tidak baik. Malahan, orang yang tidak menutup aurat itu kadangkala lebih baik dan lebih menyenangkan berbanding dengan orang yang menutup aurat terutama dari segi sikap atau perangai (ada juga yang menutup aurat dan baik akhlaknya... Yang ini, sooo sweet (◠). Ini sekadar pemerhatian saya sahaja, bagaimana pula dengan sahabat?

Alhamdulillah… Saat menziarahi laman Ustaz Pahrol, saya temui pencerahan berkaitan perkara ini. Sahabat boleh klik di sini Laman Ustaz Pahrol Untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang perkara ini. Jom sama-sama kita hayati dan hadam pancerahan daripada Ustaz Pahrol. (◠)

Antara ayat-ayat daripada Ustaz Pahrol yang saya tertarik:-

~”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

~“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

~“namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

~“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

~“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

~“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

~“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

~“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

~“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

~“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

~“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

~“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

~“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

~“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”







2 ulasan:

umairah safiyyah berkata...

Assalamualaikum..
salam ukhuwah wardatul sofea ;)

Alhamdulillah entry yg menarik (mengetuk pintu hati sy utk memberi pendapat) hehe

kita selalu dengar:DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

Ungkapan ini selalu kita dengari.Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. Benarkah hujah mereka? dan kdg2 situasi ini akn berlaku dlm hidup kita bukan? susah kan nak berdakwah ne. hehe. situasi ne sllu jd dlm hidup,termasuklah saya. kdg2 sy dah mcm naik angin sbb 'perang mulut'hehe.*x gadoh pon. tp sbg dai'e kena sabar bnyak kan? hehe. apa yg boleh sy katakan ..
'' We can judge book by its cover in certain cases''.. iaitu apabila perkara asas islam di langgar, maka sudah tentu ''that cover is reflecting what's inside the heart of a person''

Ini hanya pendapat saya, tamparan utk diri ini ok ;).sory bebanyak . hehe. sy pon masih baru dlm dunia blogger ne, maaf salah silap* sory bebanyak pndapat bukan main panjang ;)..

wardatulsofea berkata...

to umairah safiyyah
waalaikumussalam..
salam ukhwah untk awk juga =)
mengenai hujah mereka itu, wallahu'alam.. hanya Allah saja yg layak untuk menilai. Ya, menyeru kepada kebaikan bkn suatu yg mudah.. tp percayalah fitrah manusia itu suka kpd kebaikan.. jgn putus asa sematkan dlm diri teguran krn rsa syg krn Allah. klu perckpn mereka krg menyenangkn, titipkn doa dlm hati moga hidayah untuk menutup aurat smpi kpd mrka. Hidayah itu milik Allah.. =) terima kasih berkongsi pandangan.. ^_^

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya