topbella

Jumaat, 6 Mei 2011

Buat Mereka yang Berduka


 بسم الله الرحمن الرحيم

Buat diri yang sedang berduka diuji pedihnya dugaan melanda, jangan sedih & kecewa..andainya bahagia itu cuma seketika, kerana bahagia itu masih  ada tidak kemana-mana, hanya diselaputi kabus ujian yang sementara cuma..sebagaimana awan menutup mentari yang bercahaya. Akan tiba masanya angin kan meniup awan derita, lalu mentari bahagia pasti muncul semula. Yakinlah akan indahnya perancanganNya,air matamu bukan sia-sia..InsyaAllah.

"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman" InsyaAllah,Amin Allahumma Amin..
{Al-Imran:139}

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perbuatan buruk manusia yang kita harus tempuhi demi menjaga maruah dan nama baik diri. Jadikan iman,taqwa dan kesabaran sebagai pembela diri, serta bersyukur dengan segala ketentuan Allah..InsyaAllah..berkat dan rahmat Allah sentiasa mengiringi diri..Amin ya Rabb. 

Saat engkau gagal dalam menggapai impianmu, yakinlah bahawa Allah sedang menguji keistiqamahanmu agar tetap berjuang. Saat engkau merasa disakiti, yakinlah bahawa Allah sedang mengujimu untuk bisa memaafkan. Saat engkau merasa jiwamu hampa, sepi dan sendiri, yakinlah bahawa Allah akan selalu ada untukmu dan DIA selalu menemanimu..InsyaAllah..Ameen.



 



Ujian merupakan tarbiah daripada Allah. Itu tandanya Allah sayangkan kita!

2 ulasan:

Syauqatul Wardah berkata...

setuju ^_^
Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah bagi apa yang kita perlu

jika kita minta diberikan kesabaran, Allah memberi ujian yang menguji ketabahan hati
jika kita meminta diberikan keimanan yg tinggi, Allah memberi ujian menduga keikhlasan hati..

sungguh ujian Allah penuh hikmah
tersembunyi..kita sendiri perlu melihat yang tersirat di balik yg tersurat.. ^_^

Salam Ukhwah Sofea~ ^_^

wardatulsofea berkata...

Salam Ukhwah Syauqatul Wardah ^_~

ya! Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Allah tidak menguji seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.. ^_^

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya