topbella

Ahad, 4 Mac 2012

Jangan Biarkan Ia Pergi Semakin Jauh.... =(

بسم الله الرحمن الرحيم

Melayari kehidupan sehari-hari, diri semakin lesu tak bermaya. Kekuatan semakin hilang dan semakin jauh. Sampai bila harus begini? Ketenangan semakin sukar digapai malah semakin pergi. Arghhhhh…… Seksanya hidup begini. Mahu saja tak nak hidup lagi (bisikan syaitan mula mengetuk hati).

Astaghfirullah…. Khilafnya aku ya Rabb… Kenapa sampai terdetik begitu sekali. Hati kecilnya berbicara. Hampir berbulan-bulan keadaanya begitu. Cuma sekali-sekala ketenangan hinggap di tangkai hati saat diri menangis di tikar solat. Namun, untuk dapatkan kembali saat itu amat sukar sekali.

Membuka buku catatan peribadi, membelek satu persatu helaian kertas, mata menangkap satu catatan penuh bermakna.

23 Mac 2007 (12:15 am)

Hari ini, aku rasa semakin sesak dan sukar setiap langkah yang ku atur. Semua benda yang aku buat semuanya tak menjadi. Belajar pun tak dapat nak fokus. Hati rasa nak menangis je. Alhamdulillah… Mujur ada abah, selepas solat isyak tadi sempat menelefon abah. Kata- kata abah menjadi penguat hati pendamai jiwa. Abah pesan, Kak Long jangan tinggal solat hajat setiap kali selepas solat maghrib. Doa pada Allah agar permudahkan segala urusan Kak Long. Berikan Kak Long ketenangan hati dan jiwa. Minta pada Allah agar memimpin Kak Long dalam setiap langkah Kak Long supaya Kak Long tak tersasar daripada rahmatNya. 

Abah pesan lagi, Kak Long asyik cakap susah, susah dan susah. Hati tak tenang je. Tapi ada Kak Long cuba buat apa yang abah cakap tadi? Abah pesan, Kak Long… Ketenangan takkan datang kalau kita tak berusaha untuk mencarinya. Macam masalah, kalau kita tak cuba selesaikannya, masalah tu takkan selesai. Kalau hari pertama ketenangan tu tak datang dalam diri Kak Long, jangan putus asa… Teruskan berusaha dan istiqamah dengan amalan. 

Abah pesan lagi, Kak Long jangan lupa istighfar setiap hari. Kita sebagai manusia, pasti ada melakukan kesilapan yang kita sendiri tak sedar. Masa istighfar tu biar dengan hati supaya meresap dalam jiwa apa yang dilafazkan. Fahami apa yang dilafazkan. 

Lagi satu abah nak ingatkan Kak Long, rajin-rajinlah solat malam. Abah tahu, bukan senang nak bangun. Masa solat malam itulah masa kita dengan Allah. Waktu siang, kita sibuk dengan urusan dunia sedangkan apa yang kita miliki semuanya milik Allah. Nanti, sebelum Kak Long tidur, Kak Long doa pada Allah supaya kejutkan Kak Long untuk bangun malam dan kuatkan hati Kak Long untuk melakukan solat malam. 

Selepas menelefon abah, hatiku berasa tenang. Abah… Terima kasih atas nasihat. InsyaAllah, Kak Long cuba.  Bantu aku ya Allah! Demi mendapatkan redhaMu…

Buku catatan peribadi ditutup. Ditekapkan ke dada. Benar kata abah... Sejak akhir-akhir ini, aku terlalu sibuk dengan persatuan, kelab, assignment dan beberapa komitmen lain hingga terlupa pesanan abah. Memanglah hidup aku tak tenang. Luaran nampak ok tapi dalaman… MasyaAllah... Deritanya. Tahun ini, genap 3 tahun pemergian abah. Ya Allah, sungguh berharga pesanan abah.. Semoga roh abah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.. Amiin. 



Abah... Rasakan dihatimu secebis kasihku.. Yang kian merinduimu biar kau tiada dimata ku.. Asal kau bersama Penciptaku juga Penciptamu.. Yang menjanjikan pertemuanku denganmu.. Di syurga milik yang Satu.



3 ulasan:

Wardatul Jannah berkata...

Assalamualaikum, w.r.t,.Moga2 dipermudahkan segala urusan dlm setiap langkah yg diatur,.dan diberi ketenangn saat dirimu masih mmrlukanNya,.insyaAllah ^__^

wardatulsofea berkata...

Waalaikumussalam... Terima Kasih Wardatul Jannah =) Semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak juga.. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

~ ain ~

salam 'alaik

subhanallah, sentuhan ringkas yg cukup membekas! Benar kata ukht, kdgkala urusan dunia malah urusan yg kita andaikan sbg 'ukhrawi' pn mnjadikn kte lupa utk meningkatkan mutu ibadah kita. hilang rasa ghirah utk b'khalwat b'sama Pencipta dsbbkn rasa lelah dsb.

tp, Rasulullah s.a.w lbh hebat ranjaunya. lebih sibuk urusannya, tp ibadahnya ttp diiktiraf sbg ibadah manusia yg plg hina di hdpn Allah. atau dlm erti kata lain, hamba yg sebenar2nya hamba. sedang kita masih tidak mampu mngabdikan diri sebagaimana hebatnya pengabdian yg Rasulullah s.a.w berikan.

terima kasih atas kiriman doamu ya ukht habibati. semoga anti jg dlm peliharaan Allah. terasa zalim benar apabila kesibukan dunia ini menjarakkan kita. T_T

tahajjud itu sumber kekuatan mu'min
allahua'lam

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya