topbella

Selasa, 15 Januari 2013

Pengalamanku di sini....

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari ke-31 saya berada di bumi Tuaran, Sabah bersama rakan-rakan seperjuangan jauh daripada keluarga =( ermm... Baru sebulan, tapi rasa juga rindu pada keluarga di selatan semenanjung =( kalau dahulu semasa di universiti, bila rindu pada keluarga saya pasti pulang ke kampung walaupun cuti hujung minggu yang singkat itu. Sekarang, bila rindu hanya boleh menelefon sahaja nak berskype atau bervideo laptop adik pula tiada webcam =( Rindu dengan anak-anak saudara yang bermacam ragam. Rindu nak dengar diaorang menangis, mengamuk, main kejar-kejar, minta buatkan susu, muka diaorang yang suka menyakat orang (tak padan kecil betul) =p

Sepanjang berada di sini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar baik dari segi persekolahan, pergaulan guru-guru, rakan-rakan dan jiran tetangga. Semuanya ok cuma ada beberapa orang rakan yang menghadapi sedikit masalah penempatan sekolah dan jadual pembelajaran. InsyaAllah akan pulih tidak lama lagi. Di sini, terdapat beberapa perkara yang kami agak pelik sedikit terutamanya binatang yang bernama anjing. Di mana saja kami pergi kelihatan begitu banyak anjing berkeliaran walaupun di kawasan pekan. Di sekolah saya terdapat 4 ekor anjing pada mulanya tetapi sekarang bilangannya semakin bertambah la pula @_@ bukan di sekolah saya sahaja yang ada anjing, sekolah rakan-rakan saya pun sama. Sepanjang pemerhatian saya di tempat saya ini, anjing dan kucing tidak bergaduh  malah boleh jalan bersebelahan lagi. Masyarakat di sini tidak hairan pun dengan anjing. Majoriti masyarakat di sini beragama Kristian maka tidak hairanlah jika di sini terdapat beberapa tempat khas untuk mempelajari kitab Bible.

Sepanjang 31 hari di sini, terdapat beberapa tempat yang telah saya lawati seperti Tanjung Aru dan Pantai Dalit selain daripada pusat membeli-belah yang pupular seperti One Borneo,  Suria Sabah dan Center Point. Tidak membeli apa-apa pun sebenarnya sekadar melihat tempat orang dan mengenal pasti tempat-tempat tertentu untuk kemudahan akan datang. Cuaca di Sabah agak berbeza dengan semenanjung kerana cuacanya cepat satu jam. Jika di semenanjung jam 6 petang, cuaca masih lagi cerah tetapi di Sabah jam 6 petang cuaca sudah gelap seperti waktu maghrib. Begitu juga pada waktu pagi. Jam 6 pagi cuaca sudah cerah seperti jam 7 pagi di semenanjung =) Alhamdulillah...walaupun hari pertama berada di Sabah, saya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sini. 

Di sini saya titipkan beberapa keping gambar Pantai Dalit yang sempat saya ambil. Bagi yang ingin berkunjung ke sini, tiada apa-apa bayaran dikenakan. Di Pantai Dalit juga terdapat sebuah resort (tak silap saya) yang diberi nama Shangri-La RasaRia =) boleh la   menginap di sini ya kalau mahu. =)



agak kuat juga ombak Pantai Dalit ni


agak menakutkan ombak yang ini


cantikkan alunan air ombak


gambar ombak sebelum kaki melangkah lebih jauh



Pemandangan Shangri-La RasaRia yang sempat diambil......















Selepas berkunjung ke Pantai Dalit, kini saya tahu antara pantai dan air terjun, saya suka akan air terjun kerana tenang dan mendamaikan. Pantai? Saya rasa takut dan mulai rasa pening kepala...huhuhu

0 ulasan:

Catat Ulasan

Silakan... Jangan segan-segan! ^_^

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Foto Saya
Lukluk Sofea
Johor, Malaysia
Salam Ukhwah ^_^ Semoga perkongsian ini bermanfaat... =)
Lihat profil lengkap saya